Apr 21, 2012

Nota utk Kekasihku..




ALLAH..

Ingin sekali aku menulis nota cinta untuk-Mu,
Nota cinta yang sudah lama tidak kutuliskan untuk-Mu,
Bersama embun titisan air mata cinta pada-Mu.

Allah...

Ingin sekali aku mengarang nota cinta buat-Mu,
Nota cinta yang sudah lama tidak kukarang buat-Mu,
Bersama bunga perasaan rindu yang menggebu-gebu.

Allah...

Ingin sekali aku mengirim nota cinta pada-Mu,
Nota cinta yang sudah lama tidak dikirim pada-Mu,
Bersama wangian kesetiaan yang yakin dan padu.


Allah...

Jika ku tulis, ku karang lalu kirim padaMu,
Masihkah Kau sudi membacanya seperti dulu?
Suatu nota dari seorang aku,
Yang hina lagi jahil malah kaku,
Dalam menanggapi erti cinta sejati dariMu.

Allah...

Jika ku tulis, ku karang lalu kirim pada-Mu,
Sudikah Kau membalasnya buat diriku?
Sebuah nota pada seorang aku,
Yang curang tak bererti lagi buntu,
Dalam menanggapi erti kehambaan pada-Mu.

Allah...

Ingin sekali aku memberikan nota cinta untuk-Mu,
Tapi aku malah jadi tidak tahu,
Mahu bermula dari mana,
Mahu mengakhirkan bagaimana.

Allah...

Apakah masih pantas untuk mulutku yang hina ini,
Menyebut nama-Mu Yang Agung itu

Apr 15, 2012

saya sayang kamu semua sebab ALLAH

ukhuwwah selamanya,,hanya ALLAH saja yang tahu betapa sayangnya diri ini pada sahabat yang bakal membawaku ke syurga kelak,,ana uhibbukum fillah abadan abada,,

LELAKI!! JAGA AURAT AWAK JUGA!!!

TGK?? adik-adik ni pun pndai taw:) boleh ja main bola pakai seluar panjang,lagi comel!


" Aurat lelaki agak longgar kerana selain waktu bersendiri dan bersama isteri, aurat lelaki hanya antara pusat dan lutut sahaja. Maknanya kalau seseorang itu hendak melakukan solat, auratnya ialah cukup antara pusat dengan lutut, begitu juga kalau dia berada di khalayak ramai.

Berdasarkan itu, ramailah orang lelaki mengambil mudah dengan menyatakan harus kita berada dalam sesuatu majlis dengan hanya memakai seluar pendek sampai ke paras lutut. Sebab itulah barangkali kita sering melihat orang lelaki suka memakai seluar pendek ketika membasuh kereta di luar rumah.

Benar, jika mengikut hukum asal tidak salah memakai seluar pendek yang sampai ke paras lutut kerana itulah sahaja aurat bagi lelaki. Tetapi jangan lupa bahawa hukum itu perlu juga mengambil kira waktu berjalan dan duduk. Apakah ketika itu aurat lelaki tersebut masih terpelihara?

Bayangkan seorang lelaki yang hanya memakai kain sarung yang menutup pusatnya dan lutut. Solatnya sah kerana aurat bagi lelaki dalam solat ialah antara pusat dengan lutut. Tetapi bagaimana kalau dia rukuk, sujud, dan duduk antara dua sujud? Tidaklah lututnya ternampak? Sahkah solatnya ketika itu? Jawapannya ialah tidak sah.

Bagaimana pula kalau dia membasuh kereta dengan pakaian yang sama, sesekali dia akan tunduk juga. Adakah ketika itu tidak terbuka auratnya iaitu lutut? Kalaupun dia memakai seluar pendek yang labuh hingga ke paras lutut, waktu dia mencangkung akan ternampak lututnya. Tidak berdosakah dia ketika itu? Jawabnya tentu berdosa. Ya, kalau dalam solat tidak sah maka pada ketika waktu lain dia berdosa.

Bagi masyarakat kampung pula, mereka suka pakai kain pelakat yang digulung sampai ke paras lutut. Malah kadang-kadang ternampak pusatnya sewaktu terlondeh. Waktu berborak dengan kawan-kawan di serambi pasti tersingkap juga auratnya.

Bagaimana kalau dia melakukan solat dengan kain itu walaupun dilabuhkan di bawa lutut? Waktu rukuk dan sujud setidak-tidaknya akan ternampak pahanya oleh orang yang di belakangnya. Sahkah solatnya?

Begitu juga kalau si ayah memakai kain pelakat di dalam rumah bersama anak-anak, lalu pada waktu duduk terselak bahagian lututnya. Agaknya berdosa atau tidak ketika itu? Jawapannya sudah tentu berdosa kerana aurat ketika bersama mahram ialah antara pusat dengan lutut.

Kalau berdasarkan keterangan di atas adalah haram hukumnya, bagaimana keadaannya anak-anak muda yang suka memakai seluar pendek di dalam rumah, bersukan, main bola dan sebagainya? Seluar pendek yang dipakai mereka adalah di atas lutut, maka dalam keadaan itu dia bukan sahaja mendedahkan lututnya malah mendedahkan pahanya.

Nampaknya lelaki secara berleluasa mendedahkan aurat mereka tatkala bersukan. Apakah atas alasan bersukan aurat boleh didedahkan? Ya, kalau berhadapan dengan Allah sewaktu bersolat pun salah, betapa ketika berhadapan dengan orang ramai. Pada zaman ini, bukan sahaja orang yang dalam stadium yang melihatnya tetapi seluruh dunia melihatnya. Bayangkan berapa besar dosanya ketika itu.

Pakaian sukan tajaan Barat memang begitu. Hal ini kerana dalam teori sains, mereka yang memakai pakaian longgar dan menutup tubuh boleh melambatkan pergerakan. Tetapi teori itu ternyata tidak tepat apabila pelari pecut wanita Islam (dari Bahrain- dapat mengalahkan pelari lain yang hanya sekadar memakai cawat dalam sukan bertaraf dunia baru-baru ini.

Selain itu, kalau benarlah teori itu, mengapa perlu pakaian itu diperkenalkan kepada pemain boling. Sukan itu tidak memerlukan pergerakan pantas. Barat menipu kita dan kita hanya menurut sahaja tanpa mahu membantah. Kita akur dengan peraturan itu demi sukan padahal kita belum berani berbincang secara serius untuk mohon pengecualian bagi atlet Muslim.

Bayangkan sudah berapa lama umat Islam melakukan dosa mendedahkan aurat dalam bidang sukan. Jika dalam hal ini kita sudah berdosa dengan Allah, bagaimana usaha kita untuk membentuk perpaduan melalui sukan seperti yang sering diuar-uarkan. Mahukah Allah merestuinya?

Secara logiknya cara berpakaian dalam sukan itulah yang menjadi sebab mengapa kurang penyertaan orang Islam dalam sukan. Sebenarnya mereka masih berminat untuk bersukan tetapi mereka tiada pilihan untuk bersukan. Akhirnya sukan dikuasai oleh orang bukan Islam

wallahualaam:)

dosa yang berganda-ganda!



Selangkah anak perempuan keluar dari rumah tanpa menutup aurat, maka selangkah juga ayahnya itu hampir ke neraka. Selangkah seorang isteri keluar rumah tanpa menutup aurat, maka selangkah juga suaminya itu hampir ke neraka."

Akibat tidak menutup aurat, dosa wanita buka aurat 2kali ganda bebanding lelaki yang tengok 1 kali ganda…
Wanita yang tidak menutup aurat,khususnya ketika berada di luar,amatlah rugi. contohnya, seorang gadis tidak bertudung keluar pergi ke KLCC, di KLCC itu pula contohnya terdapat 3,000 manusia yang bukan muhrim, setiap kali pandangan lelaki itu, wanita tersebut mendapat 'dosa 2 kali ganda' dari lelaki yang melihat (1 kali ganda), kerana wanita itu yang menyebabkan lelaki2 tersebut tertarik untuk melihat,subhanallah, cuba bayangkan betapa banyaknya dosa kita, belum lagi dicampur dengan dosa2 kita yang lain seperti
melawan cakap kedua ibu bapa, menipu, berkapel dan lain2.

Dalam hal lain pula, ana ambil contoh, terdapat wanita bermain internet, contohnya FB, dia menayangkan gambarnya yang tidak bertudung. Kemudian kita bayangkan pula berapa ramai kaum lelaki yang visit
page kita, kalau dalam sehari ada 1000 orang, cuba bayangkan pula jika hari2 mereka dan orang lain visit page kita dan melihat gambar kita tidak bertudung dan mendedahkan tubuh badan, lihatlah terlalu senang kita mengumpul dosa, apa yang sedihnya, walaupun kita berada di dalam rumah dan ketika itu kita sedang bersolat, dosa tidak berhenti2 berjalan atas kerana sekeping gambar kita'.
fikir2kanlah.

Neraka, Syurga itu wujud, Azab Allah itu wujud, kematian itu wujud, ujian Allah itu wujud.

Perkongsian yang serba ringkas dan berharap agar memberi manfaat pada yang membaca,yang sudah bertudung, mantapkan lagi cara pemakaian tudung anda dan pastikan SURE dpt cover yang sepatutnya.aurat tgn+kaki JGN LUPA!
Yang belum bertudung pula,fikir2kanlah, selagi Allah masih bukakan pintu taubat ini.jgn smpai malaikat Izrail dah mai nk cabut nyawa. baru teringat nk tutup aurat. amalkan cara hidup ISLAM jika kita adalah beragama ISLAM.jgn smpai org confuse kita ni ISLAM ke tak..nauzubillahiminzalik..semoga kita sentiasa dipelihara oleh ALLAH dr segala amalan mungkar ini..

Apr 11, 2012

khas utk NIQOBIS.. pandangan seorang ikhwan mengenai niqob.. sebagai renungan untuk diri yg lemah ini..


Di alam maya ini, lewat aktiviti berfacebook ataupun berblogwalking, secara jujurnya saya melihat semakin ramai wanita yang memakai purdah atau niqab. Tak kurang juga yang menjadikan purdah dan niqab itu sebagai identiti mereka.
Apabila diperhati kepada apa yang dicatat di blog-blog mereka, semuanya cenderung mengajak pembaca kepada nilai ‘ubudiyyah kita kepada Allah. Banyak ayat-ayat tazkirah, firman dan sabda serta tidak kurang juga artikel-artikel agama yang disalin dari pelbagai sumber.
Sekali imbas, saya yakin jiwa mereka sangat lunak dengan agama.
Tetapi suatu keanehan yang paling ketara adalah sebahagian mereka mempunyai tabiat tidak sihat yang sangat bertentangan dengan sunnah berpurdah itu sendiri. Ini mencetus suatu kepelikan yang tidak kunjung sudah di hati saya. Dalam hal ini, saya mempunyai beberapa pendapat :

Pertama : berpurdah itu khilaf antara wajib ataupun sunat. Ada yang menganggap sebagai wajib maka dia mengharamkan wajahnya dari ditatap, dengan meyakini bahawa wajahnya itu juga adalah aurat seumpama rambut dan tangan. Manakala yang menganggapnya sebagai sunat, memakainya sebagai suatu alternatif menzahirkan komitmen ‘ubudiyyahnya kepada Allah. Golongan ini memakai purdah di tempat tertentu dan membukanya di tempat yang lain. Pada saya, selagi mana dianggap sunat maka tidaklah menjadi masalah. Cuma dari sudut istiqamah, ia kelihatan sedikit cacat.

Kedua : berpurdah itu suatu tahap yang hanya boleh dicapai selepas selesai tahap asas terlebih dahulu. Berpurdah itu umpama mengupgrade diri ke peringkat yang lebih baik. Tahap asas yang dimaksudkan itu adalah menutup aurat dengan sempurna, menjauhkan diri dari budaya tabarruj ( berhias diri dan menarik perhatian lelaki ajnabi ) serta mempraktikkan nilai-nilai akhlak seorang muslimah di dalam diri sendiri. Kesemua itu adalah perkara wajib yang telah disepakati dan bukan merupakan perkara khilafiah. Adapun berpurdah, tidak sampai ke tahap itu. Mudahnya, anda tidak boleh memakai baju lengan sekerat kemudian memakai purdah. Sebaliknya anda haruslah berpakaian menutup aurat dengan sempurna terlebih dahulu, barulah anda menambah dengan memakai purdah.

Ketiga : Tujuan memakai purdah bukanlah supaya diri anda tidak dikenali. Ia bukan soal ‘hadang muka’. Tujuannya adalah untuk mengelakkan anda dari menjadi perhatian lelaki ajnabi ataupun menimbulkan fitnah kepada mereka. Atas kesedaran ini anda memakai purdah demi menjaga maruah dan agama anda. Selaras dengan tindakan ini, anda tentunya akan sedaya upaya mengelakkan diri anda dari menjadi tatapan orang ramai, lebih-lebih lagi di alam maya. Adalah sesuatu yang aneh jika anda memakai purdah tetapi mengambil gambar sendiri dalam jarak yang cukup dekat kemudian diletakkan di facebook ataupun blog dengan saiz yang begitu besar!



Itulah namanya simptom dari kejahilan. Jahil dari awal-awal mengorak langkah lagi, iaitu untuk apa anda memakai purdah? Ini kerana yang membezakan antara dua wanita yang memakai purdah adalah iman dan kefahaman mereka. Sedangkan kain sehelai itu bukankah neraca penentu taqwa ataupun tidak.
Ada yang memakai purdah kerana mahu kelihatan ‘mahal’. Ada yang memakai purdah kerana mahu menyorok kelemahan tertentu. Ada yang memakai purdah kerana mahu kelihatan lebih cantik atau mahu bergaya. Ada yang obses dengan trend dan fesyen. Ada yang obses dengan watak dalam filem atau drama ‘cinta Islamik’. Dan ada juga yang benar-benar memakai purdah kerana mengharapkan keredhaan Allah.

Nah. Sekarang anda di posisi yang mana?

dan ini lagi


‘Niqobis’ Alam Maya

Secara zahirnya, ada tiga kepelikan ketara yang sering saya lihat pada niqobis yang aktif di alam maya :

1- Bergambar

Bergambar dalam jarak jauh dan jika tersiar pun, dalam saiz yang kecil pada saya tidaklah menjadi masalah. Jika jarak jauh dan saiz kepala pula hanya sebesar kepala mancis, tiada siapa yang akan tertarik. Yang kenal pun, tentulah kenalan rapat sendiri sahaja. Tetapi jika diletak dengan sebesar-besarnya, sehingga begitu jelas bulu mata yang lentik dengan sekeliling mata berhias celak, itu jelas sekali bertentangan dengan objektif memakai purdah itu sendiri. Meskipun hanya mata yang kelihatan, tetapi jika sejelas itu terpampang, sudah tentu bisa jua mencairkan hati anak adam. Anda sedang meletakkan magnet yang menarik fitnah. Apakah anda fikir jelingan mata anda itu bebas daripada virus fitnah wanita yang disabdakan oleh Nabi s.a.w ..?

2- Tabarruj

Ada beberapa ciri asas dalam tabarruj, antaranya adalah jenis pakaian yang boleh menarik perhatian lelaki ajnabi dan memakai bau-bauan yang kuat. Ramai niqobis yang seolah keliru dengan diri sendiri. Asalnya memakai purdah dan berbaju labuh untuk mengelak dari menarik perhatian atau menimbulkan fitnah, tetapi lama kelamaan seolah mengambil kesempatan pula ke atas pakaian labuh dan purdah. Daripada satu warna, menjadi banyak warna. Daripada kosong semata, jadi berhias pelbagai manik berkelipan pula. Sudahnya, makin lama makin pelik. Lebih pelik, tangkap gambar banyak-banyak dan masukkan dalam blog secara bersiri. Untuk apa?

3- Mendedahkan aurat

Sudah banyak dijelaskan di sana sini, bahawa menutup aurat itu bukan bermakna menutup rambut. Ada beza yang besar antara keduanya. Jika anda mahu ikut kefahaman sendiri, anda boleh tutup rambut dengan scarf sahaja. Tetapi jika anda mahu ikut Islam, anda wajib menutup seluruh rambut dengan melabuhkan tudung ke bahagian dada, serta memakai baju yang labuh dan tidak menampakkan bentuk badan. Barulah anda diiktiraf sebagai menutup aurat. Yang akan mengiktiraf itu adalah Allah, bukannya manusia. Tetapi saya lihat, ramai niqobis yang tidak mengupgrade disiplin pemakaian mereka sesuai dengan tuntutan syarak, sebaliknya menambah sehelai kain untuk menutup sebahagian muka pula. Ini pelik.

Dengan tabiat yang suka memakai t-shirt dan seluar jeans, dia menambah sehelai kain di muka lalu memanggil dirinya sebagai wanita berpurdah. Ini gharib. Ada juga yang bertudung silang ( tidak dilabuhkan ke dada ) tetapi memakai purdah. Ini juga gharib.

Dalam kesemua yang saya lihat dan perhatikan, saya fikir, sesiapa yang mahu memakai purdah, perlulah berhati-hati. Kenapa?

Pertama : Anda malu dengan manusia. Di dunia ini pun anda sudah merasa malu, kerana anda dilihat sebagai jahil dan aneh. Memakai serban tetapi berseluar pendek, ibaratnya begitu.

Kedua: Di akhirat kelak, anda akan ditanya oleh Allah atas apa yang anda pakai di dunia. Tidak cukup bab tidak menutup aurat dengan sempurna, ditambah pula dengan bab mengapa memakai sehelai kain di muka sedangkan perintah menutup aurat diabaikan. Dari satu hal bertambah jadi dua hal semata-mata kerana anda gatal tangan mahu memakai purdah tanpa terlebih dahulu menjelaskan niat kerana Allah. Itu cari penyakit namanya.

Justeru, sila berhati-hati jika ingin memakai purdah. Apabila anda meletakkan diri anda di tahap itu, maka mahu atau tidak, anda perlu menjadi sepertimana orang yang berada di tahap itu. Baik dari segi perkataan, perbuatan mahupun pemakaian. Sebenarnya, semua itu tidak akan membebankan anda pun jika anda benar-benar ikhlas memakai purdah. Tetapi jika sebaliknya, kekallah anda dalam ‘azab’ kegelisahan yang berpanjangan.

Fikir-fikirkanlah..tepuk dada tanya iman..

p/s : entry ana terjumpa dekat sebuah blog,dan sedikit sebanyak dapat memberi peringatan dan renungan kpd diri ana yg hina ini..semoga segala yg kita lakukan adalah kerana ALLAH swt.. segalanyanya bermula dgn niat.. 


diambil dari sebuah blog..

Apr 10, 2012

biodata Kekasih hati.. Ya Habib Muhammad Ya Rasullullah

Nama:
• Muhamad bin Abdulllah bin Abdul Muthalib bin Hashim bin Abdul Manaf bin Qusai bin Kilab bin Murrah bin Ka’ab bin Lu’ai bin Ghalib bin Fihr bin Ibni Malik bin An-Nadhr bin Kinanah bin Khuzaimah Mudrikah bin Elias bin Mudhar bin

Nizar bin Ma’ad bin Adnan.


Nama-nama lain :
• Ahmad , Al-Mahi , Al-Hasyir , Al-A’qib , Al-Mutawakkil.


Nama-nama Gelaran :
• Abu Qasim , Al-Amin.


Bangsa :
• Arab Quraisy.


Agama :
• Islam.


Tarikh Lahir :
• Hari Isnin
• 12 Rabi’ul Awal Tahun Gajah ( Riwayat lain 9 Rabiu’l Awal )
• Bersamaan 20 April 571 Masihi.


Bidan Nabi :
• Ummu Mas’ud.


Tempat Lahir :
• Di Syua’ib Bani Hashim di Makkah.


Bilangan Adik-beradik :
• Anak tunggal [ anak yatim ].


Nama Ibu :
• Aminah binti Wahab bin Abdu Manaf bin Zahrah bin Kilab.


Nama Ibu Susuan :
• Thuwaibah [ hamba Abu lahab ] , Halimah bt. Abu Zuaib as-Sa’diah.


Nama-nama Pengasuh :
• Aminah , Thuwaibah , Halimatun as-Sa’diyah, Barakah al-Habsyiyyah digelar Ummu Aiman, hamba perempuan bapa Rasulullah SAW.


Nama-nama Isteri :
• Khadijah bt. Khuwailid, Saudah , A’isyah bt. Abu bakar, Hafsah bt. Umar, Zainab bt. Khuzaimah, Hindun  bt. Abi Umaiyah , Zainab bt. Jahsyi , Juwairiah bt. Al-Haris, Ramlah bt. Abi Sufian , Sufiah bt. Huyi , Maimunah bt. Al-Haris.


Nama-nama Anak :
• Qasim , Abdullah , Ibrahim , Fatimah , Zainab , Ummu Kalsum ,Ruqayyah.


Nama-nama Bapa Saudara :
• Hamzah , Al-Abbas , Abu Talib , Abu Lahab , Az-Zubir , Abdul Ka’bah , Al-Muqawim, Dhirar , Qusam , Al-Mughirah , Al-Ghaidak.


Nama-nama Emak Saudara Sebelah Ibu Dan Bapa :
• Sufiah , A’tikah , Barrah , Urwa , Umaimah , Ummu Hakim Al-Baidha’.


Bapa Saudara Dan Emak Saudara Yang Memeluk Islam :
• Hamzah , Al-A’bbas.
• Sufiah , Urwa.


Nama-nama Hamba Sahaya Perempuan :
• Mariah al-Qibtiah , Raihanah.


Nama-nama Hamba Lelaki :
• Aslam , Abu Rafi’ , Sauban , Abu Kabsyah Sulaim, Syurqan , Yasar Nubi.


Nama Anak Angkat :
• Zaid bin Harithah bin Syarahil.


Nama-nama Khadam :
• Anas bin Malik , Abdullah bin Mas’ud , ‘Uqbah bin ‘Amir, Asla’ bin Syarik , Bilal bin Rabah , Abu Zar al-Ghiffari.


Setiausaha Nabi Sebagai Pencatat Al-Quran :
• Abu Bakar , Umar , Uthman , Ali , Zubir , Amir , Amru Al-‘As , Zaib bin Thabit , Muawiyyah , Ubai bin Kaa’b, Abdullah bin Rawa.


Setiausaha Sulit :
• Huzaifah b. Yaman.

Sifat Fizikal :
• Badan tinggi sedang.
• Rambut ikal mayang.
• Muka bulat , putih kemerahan , mata hitam gelap.
• Bulu dada nipis , keseluhan badan  tidak berbulu.
• Bulu mata panjang , suara kasar , gigi hadapan renggang.


Sifat-sifat Yang Wajib Bagi Seorang :
• Siddiq [ benar ] , Amanah [ jujur] , Tabligh [ menyampaikan ] , Fatanah [ bijkasana ].


Sifat-sifat Yang Mustahil:
• Kazib [ dusta ] , Khianah [ pecah amanah] , Kitman [ menyembunyikan ] , Baladah [ bodoh].


Sifat-sifat Yang Harus :
• Makan , minum , tidur , berkahwin , sakit , demam.


Pendidikan :
• Al-Ummiy [ tidak pandai membaca dan menulis ].


Pekerjaan :
• Gembala Kambing.
• Berniaga.


Perlantikan Menjadi Nabi dan Rasul :
• Umur 40 tahun di Gua Hira’.


Guru Pertama :
• Malaikat Jibril ‘Alaihi Salam.

Tugas Utama :
• Menyeru manusia menyembah Allah SWT.


Jawatan Yang Diamanahkan :
• Menjadi Nabi.
• Menjadi Rasul kepada umat manusia dan  jin .
• Ketua Pemerintah  kerajaan Islam di Madinah.


Keistimewaan :
• Sebaik-baik makhluk yang dicipta.
• Mempunyai mukjizat terbesar dan terutama Al-Qur’an.
• Penghulu dan penutup segala Nabi dan Rasul [ Khatamun Nabiyyin ].
• Manusia pertama masuk Syurga.


Gelaran Dari Kalangan Nabi :
• Ulul ‘Azmi أولوالعزم [ banyak menempuhi ujian berat daripada Allah ].
صلى الله عليه وسلم


Kenangan Manis :
• Dibawa melancong dalam peristiwa Isra’ dan Mi’raj.


Kenangan Pahit :
• Diusir oleh penduduk Ta’if.
• Semasa peperangan Uhud.


Pengalaman Pertama Menerima Wahyu
• Turunnya al-Quran Ayat Iqra’ [1-5 ayat, di Gua Hira’] pada 12 Rabiu’l Awal.

Pengalaman Yang Paling Menakutkan :
• Ketika melihat rupa asal Malaikat Jibril a.s. di ruang angkasa.
Hijrah ke Madinah
• Umur 53 tahun ditemani Abu Bakar as-Siddiq , sampai Madinah pada tanggal 12 Rabiulawal bersamaan 24 September 622M.


Orang Yang Pertama Didakwah Dan Memeluk Islam :
• Lelaki Dewasa : Abu Bakar as-Siddiq.
• Perempuan Dewasa : Khadijah [ isteri Nabi ].
• Kanak-kanak : Ali bin Abu Talib.
• Hamba : Zaid bin Harithah.
Sahabat-sahabat Kanan :
• Abu bakar as-Siddiq.
• Umar al-Khattab.
• Uthman bin Affan.
• Ali bin Abu Talib.


Mertua Dan Menantu Dari Kalangan Sahabat :
• Abu Bakar dan Umar [ mertua ].
• Uthman dan Ali [ menantu ].


Berita Yang Mengembirakan :
• Keislaman Umar bin al-Khattab.


Berita Yang Menyedihkan :
• Kematian Khadijah bt. Khuwailid [isteri Nabi].
• Abu Talib bin Abdul Mutalib [bapa saudara Nabi].
• Hamzah bin Abdul Mutalib [bapa saudara Nabi].


Peristiwa Yang Mengembirakan :
• Pembukaan Kota Mekah.


Penglibatan Dalam Peperangan :
• Peperangan Badar , Uhud , Khandak , Khaibar , Al-Fath , Hunain , Tabuk.


Nama Tempat Yang Pernah Dilawati :
• Syam , Baitul Maqdis [ Palestin ].


Catat Rekod Dunia :
• Pengembaraan yang jauh dari bumi ke langit sehingga ke Sidratul Muntaha bermula selepas waktu Isya’ hingga sebelum masuk waktu Subuh [ Isra’ & Mi’raj ].


Isteri Yang Paling Disayangi :
• ‘Aisyah [ ketika kesemua isteri-isteri Nabi masih hidup ].


Anak Yang Paling Disayangi :
• Fatimah.


Cucu Yang Paling Disayangi :
• Hassan bin Ali.
• Hussin bin Ali.


Sahabat Yang Paling Disayangi :
• Abu Bakar.


Nasihat Nabi :
• “Jadikanlah kamu  sebagai orang musafir yang sedang dalam  perjalanan.”


Wasiat Nabi :
• Dalam Khutbah Wida’ [ Khutbah Selamat Tinggal ] “Aku tinggalkan dua perkara , kamu tidak akan sesat selama-lamanya sekiranya kamu berpegang dengan keduanya iaitu Kitab Allah dan Sunnahku.”


Syafaat Nabi :
• Kepada umat yang sentiasa berselawat ke atasnya.


Tarikh Wafat :
• Waktu pagi hari Isnin.
• 12 Rabiu’l Awal 11 H bersamaan 8 Jun 632M
• Umur 63 tahun , 4 hari.


Sabda Rasulullah SAW:
“Sesiapa yang menghidupkan sunnahku, maka sesungguhnya dia telah mencintai aku. Dan sesiapa yang mencintai aku nescaya dia bersama-samaku di dalam syurga.” (Riwayat Al-Sajary daripada Anas )




bersyukur ke hadrat Illahi kerana diri ini dikurniakan bentuk muka yang bulat+gigi agak renggang.,terima kasih ALLAH..semoga diri ini juga dpt menghidupkan dan mengamalkan sunnah Rasullulllah.. ana rindu Rasulllah,,ALLAHUMMA SOLLI ALA SAIDINA MUHAMMAD..

Apr 5, 2012

sweetnya bila dapat bercinta dgn ALLAH:)


assalamualaikum wbt,,,alhamdulillah,,alhamdullilah,,alhamdullilah..
syukur pda ALLAH sbb masih pinjamkan nyawa pada diri ini dan juga masih memberi peluang padaku untuk terus menikmati nikmat islam dan iman..syg ALLAH!

tidak byk yg hendak dikongsikan hanya diri ini terlalu syukur dan gembira kerana ALLAH sgt sweet! terlalu byk yg ALLAH buktikan yg DIA sygkan kita..
pertamanya, alhamdullilah,,sahabat-sahabatku disini ramai yang sedang bercinta dgn ALLAH bahkan sedang merasai betapa manisnya IMAN itu..
hidayah ALLAH pada siapa2 saja, pada bila2 masa saja..cuma ianya perlu dijaga agar kita terus istiqomah dan melekat dalam hati lantas terus bercinta denganNYA hingga kita menemukan Husnul Khotimah kelak..inshaALLAH..yg bestnya bercinta dgnNYA dapat feedback! ALLAH! sure tak bertepuk sebelah tgnnya:)

ALLAH,terima kasih sbb kurniakan padaku sahabat-sahabat yg sntiasa mengingatkan aku padaMU, kadang-kala, aku cemburu bila melihat mereka jua mencintaiMU..kami seoalah-olah seperti berlumba-lumba ingin mencintaiMU dan dicintaiMU..

ALLAH, jgn lah Kau tarik hidayah kami setelah Engkau kurniakan pada kami..hanya padaMU tempat kami memohon, meminta..

ALLAH.. diriku amat merinduiMU dan mencintaiMU,.. T_T