Jan 25, 2012

merinduimu YA RASULLULLAH...

Bismillahirrahmanirrahim...
Dengan nama Allah yg Maha Pemurah lagi Maha Penyayang....

Alhamdulillah...segala puji bagiMu ya Rabb atas nikmat iman dan islam yg Kau kurniakan..Selawat dan salam keatas junjugan besar nabi Muhammad SAW, para sahabat, keluarga dan tabi'-tabi'in seluruhnya.


Berderai airmata tatkala membaca mesej Rasulullah saw yang sangat dicintai,walaupun kita tak pernah bersua tapi aku beriman serta menyakini bahawa engkaulah Nabi & Rasul utusan Allah buatku.
YA ALLAH,,terlalu diri ini merindui kekasih MU,,Baginda insan yang paling sempurna..
YA ALLAH,,temukanlah aku walau dalam mimpi lagi..
 YA ALLAH:'( ..temukan aku dan Dia ketika di Akhirat kelak,,Sesungguhnya Baginda saja yang mampu memberi syafaat ketika itu..
YA ALLAH betapa diri ini merindui KekasihMU,,,wahai kekasih hatiku jua MUHAMMAD SAW...aku pasti Dirimu jua merindui kami semua,umat akhir zaman ini...
ALLAH:'((..
Hayatilah khutbah terakhir Rasulullah saw ini sebelum baginda wafat pada 12 Rabiulawal, pada tahun 11 hijrah.


Tarikh : 9hb. Zulhijjah Tahun 10 Hijriah
Tempat : Lembah Uranah, Gunung Arafah.

Wahai manusia, dengarlah baik baik apa yang hendakku katakan. Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini, dan kota ini sebagai suci, maka anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai amanah suci. Kembalikan harta yang diamanah kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak.
Janganlah sakiti sesiapa pun, agar orang lain tidak menyakiti kamu pula.Ingatlah bahawa sesungguhnya kamu akan menemui Tuhan kamu, dan dia pasti membuat perhitungan di atas segala amalan kamu. Allah telah mengharamkan riba', oleh itu segala urusan yang melibatkan riba' di batalkan mulai sekarang.

Berwaspada lah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara perkara besar, maka berjaga jagalah supaya kamu tidak mengikutinya dalam perkara perkara kecil.
Wahai manusia , sebagaimana kamu mempunyai hak atas para isteri kamu, mereka juga mempunyai hak di atas kamu.Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka ke atas kamu, maka mereka juga berhak untuk diberi makan dan pakaian dalam suasana kasih sayang.Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik dan berlemah lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang tidak kamu sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.
Wahai manusia dengarlah bersungguh-sungguh kata-kataku ini,sembahlah ALLAH, dirikan sembahyang lima kali sehari, berpuasalah di bulan Ramadhan,dan tunaikan zakat dan harta kekayaan kamu, kerjakan ibadah Haji sekiranya kamu mampu. Ketahuilah bahawa setiap Muslim adalah saudara kepada Muslim yang lain. Kamu semua adalah sama, tidak seorang pun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam Taqwa dan Beramal Solleh.

Ingatlah, bahawa kamu akan mengadap ALLAH pada suatu hari untuk di pertanggungjawabkan di atas segala apa yang telah kamu kerjakan. Oleh itu, awasilah agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku. Wahai maanusia, tidak ada lagi Nabi dan Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah disampaikan kepada kamu.
Sesunguhnya, aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikut kedua keduanya, nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya, itulah Al-Quran dan Sunnahku. hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku, menyampaikannya kepada orang lain, dan hendaklah orang lain itu menyampaikan pula kepada yang lain. Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang mendengar terus dariku.
Saksikan ya-ALLAH, bahawasanya telah aku sampaikan risalahMU kepada hamba hambaMU.

p/s: percayalah,,,kitalah pemuda-pemudi Islam yang menjadi pewaris kpd perjuangan dakwah Rasulullah saw dlm menyebarkan Islam.InsyaAllah...Allahuakbar!!

No comments:

Post a Comment