Aug 30, 2011

untukmu wahai kaum Adam..

*Dalam diam saya terfikir...knp Hawa dijadikan sewktu adam tidur?
pernah x antum trfikir...knp jd begitu....bsar sbguh hikmah rpa2nya knp Allah jadikan Hawa dlm keadaan Adam tidur...
itu adlah kerana...........................teruskan membaca....

Seorang laki-laki jika dia kesakitan, maka dia akan membenci. Sebaliknya pula bg wanita, saat dia kesakitan, maka semakin bertambah sayang dan cintanya,, Seandainya Hawa diciptakan dari Adam As saat Adam terjaga, pastilah Adam akan merasakan sakit keluarnya Hawa dari sulbinya, hingga dia membenci Hawa. Akan tetapi Hawa diciptakan dari Adam saat dia tertidur, agar Adam tidak merasakan sakit dan tidak membenci Hawa. Sementara seorang wanita akan melahirkan dalam keadaan terjaga, melihat kematian dihadapannya, namun semakin sayang dan cinta nya kepada anak yang dilahirkan bahkan sehinggaia akan menebus nya dengan kehidupannya.

Subhanallah...hebat kn?teruskan pembacaan.....jom2...

Sesungguhnya Allah menciptakan Hawa dari tulang rusuk yang bengkok yang tugasnya adalah melindungi Qalbu(jantung, hati nurani). Oleh sebab itu, tugas Hawa adalah menjaga qalbu. Kemudian Allah menjadikan nya bengkok untuk melindungi qalbu dari sisi yang kedua. Sementara Adam diciptakan dari tanah, dia akan menjadi petani, tukang batu, tukang besi, dan tukang kayu. Wanita selalu berinteraksi dengan perasaaan, dengan hati, dan wanita akan menjadi seorang ibu yang penuh kasih sayang, seorang saudari yang penyayang, seorang puteri yang manja, dan seorang zaujah yang menurut kata suaminya.

yang ni sy tujukan buat insan bernama adam.....hay-bait kata dibawah....baca dengan fikrah...telusuri dgn iman...bertindak dgn af'al..

Dan wajib bagi Adam untuk tidak berusaha meluruskan tulang yang bengkok tersebut, seperti yang dikabarkan oleh Nabi Muhammad SAW, “jika seorang lelaki meluruskan yang bengkok tersebut dengan serta merta, maka dia akan mematahkannya.” Maksud nya adalah dengan kebengkokan tersebut adalah perasaan yang ada pada diri seorang wanita yang mengalahkan perasaan seorang laki-laki.

Maka wahai Adam janganlah merendahkan perasaan Hawa, dia memang diciptakan seperti itu. Apabila seseorang wanita mengatakan dia sedang bersedih, tetapi dia tidak menitikkan airmata, itu berarti dia sedang menangis di dalam hatinya. Apabila dia tidak menghiraukan kamu setelah kamu menyakiti hatinya, lebih baik beri dia waktu untuk menenangkan hatinya sebelum kamu meminta maaf. Dan wanita sulit untuk mencari sesuatu yang dia benci untuk orang yang paling dia sayang ....




***jd igtlah..kdg2 kita ada skitkan hati ibu kita...tnpa kita sedari...y dia selalu mngs dlm hati...kdg2 kita nmpk perempuan tu ckup kuat....ckup tabah...nmun awas itu luaran nya shaja...dlmnnya psti lembut sperti kapas...mungkin dia mmpu untuk hebat di mata msyrakat...tp belum tntu dia hebat di kala dirinya brsndirian brsma pnciptanya...

Indahnya Jika Engkau Mengetahui



Hazira, 19 tahun, menyandang 'title' sebagai seorang pelajar, seorang wanita muslimah yang berpurdah, namun bukan lah pelajar aliran pengajian islam, usuluddin mahupun bahasa arab. Mengambil bidang perubatan di Urdun. Satu negara di timur tengah. Tahun pertama. Sering di gelar "ustazah" oleh rakan-rakan dek purdah yang dikenakan.

Kuliyyah Fiqh Ibadah oleh Syeikh Ahmad yang hanya seminggu sekali itu baru berakhir, para pelajar mula beredar. Meninggalkan beberapa pelajar yang masih belum berhajat untuk pulang. Termasuk lah Hazira.

"Erm Hazira, nak tanye sket, purdah tu wajib ke?" Intan, rakan baiknya yang duduk bersebelahan dengannya bertanya. "erm....entahla~" jawab Hazira mudah. Kelihatan matanya mengecil. Tersenyum barangkali. "Aik? Entah je? Abes tu, Hazira pakai purdah ni sebab ape? saje suke-suke? Ke nak nampak macam "ninja"? hehe.." gurau Intan. Sekali lagi mata Hazira mengecil.

Seketika Hazira teringat akan cerita umminya ketika pertama kali umminya mengenakan purdah. Hazira teringat bagaimana air mata umminya mengalir tatkala menceritakan perkara itu kepadanya. Syahdu kata umminya. Begitu sukar rasanya umminya mempertahankan hujah untuk mengenakan purdah ketika semua yang berada di sekeliling umminya begitu pesimis dan ortodoks pemikiran terhadap mereka yang memakai purdah.

Kata mereka yang memakai purdah itu,golongan aktivis Islam yang suka melakukan pengeboman berani mati. Yang berpurdah itu adalah mereka yang sering hamil anak luar nikah. Berpakaian sebegitu semata-mata untuk menutup aib. Dan yang memakai purdah itulah mereka yang sebenarnya sudah MURTAD. Nauzubillah. Begitu sekali pandangan mereka yang jumud terhadap purdah dan niqab.

Namun kehadiran walid dalam hidup ummi cukup bermakna dan memberi kesan. Allah lah sumber kekuatan, tetapi walid tetap menjadi pendamping yang setia memangkin kekuatan walau apa jua yang ummi lakukan. Hazira cukup senang melihat kebahagiaan ummi dan walidnya. Baginya Hazira, ummi dan walid punya kekuatan masing-masing yang digabung jalinkan dalam mendidik permata-permata hati mereka mengikut acuan mereka sendiri. Apa tidaknya...ummi Hazira seorang pakar pergigian juga pensyarah di fakulti pergigian di sebuah universiti tempatan. manakala walidnya merupakan ustaz dan juga seorang profilik pendakwah bebas yang begitu kuat melaungkan JIHAD. Alangkah indahnya kalau Hazira juga beruntung menjadi ummi yang punya suami yang sentiasa memahami dan penyayang seperti walid.......

"Hazira?" Intan menyedarkan Hazira dari lamunannya. Tidak sedar sudah jauh fikirannya menerawang. "owh, sorry ye Intan, Hazira teringatkan ummi tadi...Rindu pulak pada ummi bila Intan tanya Hazira soalan tadi tu...." ucap Hazira sambil menguntumkan senyuman. Senyumannya bersifat maya bagi Intan kerana Intan hanya dapat melihat mata Hazira yang sedang mengecil yang menandakan dirinya sedang tersenyum.

"Intan.....pada Hazira apa yang Hazira buat ni bukan suka2....tapi kerana cinta...:)"
"Cinta? maksud Hazira? Cinta kepada manusia?............."Intan bertambah pelik.
"Bukan cinta kepada manusia......tapi cinta kepada Allah dan RasulNya......selama mana kita mencintainya....selama itulah kita akan sentiasa mahu mengamalkan sunnahnya..."


"Maksud Hazira? Intan kurang jelas la.....mksud Hazira memakai purdah itu sunnah? tapi Rasulullah SAW xpakai purdah..." Intan semakin bingung.
"Hazira ada dalil yang menunjukkan pakai purdah?" Tanya Intan lagi ingin tahu.
Perasaan inkuiri dalam dirinya membuak-buak.


"Cuba Intan baca surah Al Ahzab ayat 70-71, kat situ jelas menerangkan apa yang Hazira maksudkan..." " Pada Hazira kita hidup adalah berdasarkan taqwa bukan semata-mata kerana fatwa....jikalau dahulu isteri-isteri Rasulullah SAW dan sahabiyyah-sahabiyyah juga mengenakan niqab...maka itu juga dikira sebagai sunnah...kerana mereka hidup bersama Rasulullah SAW dan mereka lakukan apa yang Rasulullah SAW suruh sahaja dan Rasulullah SAW sentiasa redha dengan apa yang mereka lakukan...."
"Tambahan lagi pada zaman mereka dikurniakan dengan title yang cukup mulia...meskipun mereka masih hidup"
"Title? maksudnya apa Hazira?"
"RadiaAllahu'anhu waradhu'anh (Allah redha ke atas mereka), title itu special untuk ahli syurga sahaja tapi awal-awal lagi mereka dah dapat title tu...best kan? Hihi.."jawab Hazira secara berhikmah.


"Owh...barula Intan faham....tapi Hazira...Intan tak nampk pun mana2 bahagian yang menunjukkan purdah dalam ayat ni...."
"Yeke...cuba Intan baca terjemahan ayt tu..." pinta Hazira.


"Hai orang-orang yang beriman bertakwalah kamu kepada Allah dan ucapkanlah perkataan yg benar. Niscaya Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan mengampuni dosa-dosamu. Barangsiapa mentaati Allah dan RasulNya maka sesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yang besar." [Al-Ahzab : 70-71] .

"xdepun Hazira...Intan dah baca berulang kali da..."
"Cuba Intan ulang ayat terakhir tu semula"

"Niscaya Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan mengampuni dosa-dosamu. Barangsiapa mentaati Allah dan RasulNya maka sesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yang besar." [Al-Ahzab : 71]

"Intan perasan x pada ayat terakhir tu....Barangsiapa mentaati Allah dan RasulNya maka sesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yang besar."
"Owh barula Intan faham...Masya'Allah Hazira....maksudnya tiada reason lain melainkan hanya kerana cinta kepada Islam, Allah dan Rasulnya...begitu?"
"Yup..tepat sekali....walau apa sekalipun yang berlaku cinta yang kekal itu perlu diutamakan dan sentiasa dipupuk...faham cik adik..?"

"Faham ustazah...!" semangat Intan menjawabnya
"Hehe...Hazira bukan ustazah la Intan...banyak lagi yang Hazira tak tawu..."
"Tapi.....Bukan ke sesiapa yang menyampaikan ilmu walaupun sedikit juga digelar guru?Ala....macamla Intan tak tahu yang Hazira selalu pergi ikut ummi Hazira ke majlis ilmu...
"Intan pun apa kurangnya...rajin bertalaqi dengan Syeikhah Ruqaiyah..."
Kedua-dua mereka tertawa kecil. Sungguh....Jika kalian mengetahui indahnya cinta yang hakiki. Kalian pasti tidak akan mahu melupakannya....

::. Ingatlah di sebalik kepayahan itu telah dijanjikan kemudahan .::

Aug 27, 2011

Ketika Akhwat Jatuh Cinta~

ketika akhwat jatuh cinta..

Akhwat Jatuh Cinta??

Tak ada yang aneh, mereka juga adalah manusia...

Bukankah cinta adalah fitrah manusia???

Tak pantaskah akhwat jatuh cinta???

Mereka juga punya hati dan rasa...


Tapi tahukah kalian betapa berbedanya mereka saat cinta seorang lelaki menyapa hatinya???
Tak ada senyum bahagia, tak ada rona malu di wajah, tak ada buncah suka di dada...

Namun sebaliknya...

Ketika Akhwat Jatuh Cinta...


Yang mereka rasakan adalah penyesalan yang amat sangat, atas sebuah hijab yang tersingkap...Ketika lelaki yang tak halal baginya, bergelayut dalam alam fikirannya, yang mereka rasakan adalah ketakutan yang begitu besar akan cinta yang tak suci lagi...
Ketika rasa rindu mulai merekah di hatinya, yang mereka rasakan adalah kesedihan yang tak terperih akan sebuah rasa yang tak semestinya…

Tak ada senyum bahagia, tak ada rona malu…
Yang ada adalah malam-malam yang dipenuhi air mata penyesalan atas cinta-Nya yang ternodai…
Yang ada adalah kegelisahan, karena rasa yang salah arah…
Yang ada adalah penderitaan akan hati yang mulai sakit…

Ketika Akhwat Jatuh Cinta…

Bukan harapan untuk bertemu yang mereka nantikan, tapi yang ada adalah rasa ingin menghindar dan menjauh dari orang tersebut…

Tak ada kata-kata cinta dan rayuan…


Yang ada adalah kekhawatiran yang amat sangat, akan hati yang mulai merindukan lelaki yang belum halal atau bahkan tak akan pernah halal baginya…



Ketika mereka jatuh cinta, maka perhatikanlah,
kegelisahan di hatinya yang tak mampu lagi memberikan ketenangan di wajahnya yang dulu teduh…

Mereka akan terus berusaha mematikan rasa itu bagaimanapun caranya…
Bahkan kendati dia harus menghilang, maka itu pun akan mereka lakukan...

Alangka kasihannya jika akhwat jatuh cinta…
Karena yang ada adalah penderitaan…

Tapi ukhti…
Bersabarlah…
Jadikan ini ujian dari Rabbmu…

Matikan rasa itu secepatnya…
Pasang tembok pembatas antara kau dan dia…
Pasang duri dalam hatimu, agar rasa itu tak tumbuh bersemai…
Cuci dengan air mata penyesalan akan hijab yang sempat tersingkap...

Putar balik kemudi hatimu, agar rasa itu tetap terarah hanya padaNya…

Pupuskan rasa rindu padanya dan kembalikan dalam hatimu rasa rindu akan cinta Rabbmu…


Ukhti… Jangan khawatir kau akan kehilangan cintanya…

Karena bila memang kalian ditakdirkan bersama, maka tak akan ada yang dapat mencegah kalian bersatu…

Tapi ketahuilah, bagaimana pun usaha kalian untuk bersatu, jika Allah tak menghendakinya, maka tak akan pernah kalian bersatu…

Ukhti… Bersabarlah… Biarkan Allah yang mengaturnya...
Maka yakinlah... Semuanya akan baik-baik saja…

Semua Akan Indah Pada Waktunya…

By: Ummu Sa'ad 'Aztriana'

Di ambil dari:
http://www.facebook.com/notes/ummu-saif/ketika-akhwat-jatuh-cinta/415684685685


buat ukhti fillah, doa manis ini pedoman kalian;

Ya Allah…kurniakanlah kami pasangan yang soleh…
yang menjaga dirinya…
yang menjaga hatinya hanya untuk yang halal baginya…
yang sentiasa memperbaiki dirinya…
yang sentiasa berusaha mengikuti sunnah Rasulullah…
yang baik akhlaknya…
yang menerima kami apa adanya…
yang akan membawa kami menuju Jannah Mu Ya Rabb…

kabulkan ya Allah…
kerana hati kami teramat lemah…


oh Allah,
kami mohon ampun
atas dosa selama ini

dosa-dosa kami..
andai tak menjalankan perintahMu
andai tak pedulikan NamaMu
andai tenggelam melupakan diriMu

oh Allah,
sempatkanlah kami untuk bertaubat
untuk hidup di jalanMu
untuk penuhi keewajipanku
sebelum tutup usia ini..
sebelum kami kembali kepadaMu..

ameen ya rabb :)

Aug 13, 2011

LillahiTaala..tapi....

"Aku senang menunaikan solat kerana Allah...TAPI aku suka jikalau ada yang MEMUJI ibadah ku"

"Aku suka bersedekah kerana Allah ,TAPI dalam masa yang sama aku suka orang MEMUJI kebaikan hati ku"

"Aku suka berbuat baik & mengeratkan silaturrahim sesama saudara islamku kerana Allah , TAPI aku suka orang MEMUJI akan ukhwah yang aku jalinkan"

"Aku suka menyampaikan kepada orang ramai (berdakwah) kerana Allah ,TAPI dalam masa sama aku suka akan PUJIAN orang ramai terhadap usahaku"

"Aku suka bersitighfar & bertafakkur diatas tikar sejadah kerana ALLAH , TAPI dalam masa sama aku suka orang memberi PERHATIAN & PUJIAN terhadap perlakuan ku itu "

"Aku suka berpuasa dibulan Ramadhan & puasa-puasa sunat yang lain kerana Allah , TAPI aku turut suka sekiranya ianya beserta PUJIAN orang lain "
TAPI...TAHUKAH ANDA ????

Setiap dari kita pasti akan merasakan pengalaman yang sama,mustahil kita yang bukan ma'sum (bebas dr perkara maksiat) tdak ada perasaan ini sedikit pun...
ALLAH TIDAK AKAN MENERIMA SEKELUMIT PUN DARI IBADAH KITA UNTUK DIJADIKAN PAHALA SEKIRANYA DALAM HATI KITA ADA PERASAAN RIAK WALAU SEBESAR ZARAH ( ! )
Hapuskan dengan memperbanyakkan istighfar setiap kali adanya lintasan riak yang kadang-kadang kurang sebahagian kita mengambil berat ....
-nauzubillah-


**adaptasi dari kata2 seorang ulama' yang sama2 kita boleh jadikan satu pengajaran berguna...
i'Allah...

Aug 5, 2011

UJIAN DEMI UJIAN



Assalamualaikum wbt sahabat-sahabat semua..
Ana doakan semoga semua sihat-sihat sja.. Alhamdullilah, kita sdg berada dalam bulan Ramadhan Al Mubarak dan bersyukurlah krn masih dipilih olehNYA untuk berada dalam bulan Ramadhan ini..sma-smalah mengerjakan ibadah pada bulan yg penuh barokah ini serta mohonlah agar puasa yg kita jalani ini bakal memeroleh ganjaran besar dariNYA..bukan sekadar menahan lapar dan dahaga sahaja.. perbykkanlah zikir pada NYA, menunaikan solat2 sunat, membaca dan mendalami AL QURAN.inshaALLAH,,segala urusan akan dipermudahkan..

entry pada kali ini,simple sahaja,ana cuma nk ceritakan serba sedikit ujian yg ana hadapi hari demi hari dalam untuk mempertahankan 'secebis kain dimuka'..susah untuk dihuraikan dgn kata-kata krn ALLAH lebih mengetahui segala..namun,doaku pinta dari hari ke hari,,ALHAMDULLILAH,,ALLAH itu mmg MAHA MENDENGAR..:'( ALLAH.. ALLAHUAKHBAR..setiap kali doa, ana pohon agar dikuatkan iman,istiqomah dalam mencintai sang KHOLIQ, mohon diberikan HIDAYAH pada org2 disekeliling ana, tidak kira, sanak-saudara, sahabat2, mohon diampunkan dosa-dosa ana yg lepas,,astagfirullahalazim..betapa jahil dan hinanya diri,.tak lupa juga doakan kesejahteraan pada kedua ibu bapa ana..agar dipermudhkan segala urusan mereka,dipnjgkan usia,diampunkan segala dosa2..ALLAH...

apa yg mampu ana ungkapkan betapa diri ini sujud syukur terhadapNYA krn ALLAH telah perkenankan doa hambaNYA yg serba kekurangan ini..ALHAMDULLILAH..aku cintaMU YA ALLAH,,aku RINDUMU YA ALLAH.. setiap kali dugaan yg ana hadapi,teruslah bersangka baik...inshaALLAH,pasti ada hikamah disebaliknya.. biarlah apa pun manusia berkata2,,yang penting ALLAH tahu apa yg hambaNYA lakukan sbb DIA MAHA MENGETAHUI...

Wallahualam~