Aug 30, 2011

Indahnya Jika Engkau Mengetahui



Hazira, 19 tahun, menyandang 'title' sebagai seorang pelajar, seorang wanita muslimah yang berpurdah, namun bukan lah pelajar aliran pengajian islam, usuluddin mahupun bahasa arab. Mengambil bidang perubatan di Urdun. Satu negara di timur tengah. Tahun pertama. Sering di gelar "ustazah" oleh rakan-rakan dek purdah yang dikenakan.

Kuliyyah Fiqh Ibadah oleh Syeikh Ahmad yang hanya seminggu sekali itu baru berakhir, para pelajar mula beredar. Meninggalkan beberapa pelajar yang masih belum berhajat untuk pulang. Termasuk lah Hazira.

"Erm Hazira, nak tanye sket, purdah tu wajib ke?" Intan, rakan baiknya yang duduk bersebelahan dengannya bertanya. "erm....entahla~" jawab Hazira mudah. Kelihatan matanya mengecil. Tersenyum barangkali. "Aik? Entah je? Abes tu, Hazira pakai purdah ni sebab ape? saje suke-suke? Ke nak nampak macam "ninja"? hehe.." gurau Intan. Sekali lagi mata Hazira mengecil.

Seketika Hazira teringat akan cerita umminya ketika pertama kali umminya mengenakan purdah. Hazira teringat bagaimana air mata umminya mengalir tatkala menceritakan perkara itu kepadanya. Syahdu kata umminya. Begitu sukar rasanya umminya mempertahankan hujah untuk mengenakan purdah ketika semua yang berada di sekeliling umminya begitu pesimis dan ortodoks pemikiran terhadap mereka yang memakai purdah.

Kata mereka yang memakai purdah itu,golongan aktivis Islam yang suka melakukan pengeboman berani mati. Yang berpurdah itu adalah mereka yang sering hamil anak luar nikah. Berpakaian sebegitu semata-mata untuk menutup aib. Dan yang memakai purdah itulah mereka yang sebenarnya sudah MURTAD. Nauzubillah. Begitu sekali pandangan mereka yang jumud terhadap purdah dan niqab.

Namun kehadiran walid dalam hidup ummi cukup bermakna dan memberi kesan. Allah lah sumber kekuatan, tetapi walid tetap menjadi pendamping yang setia memangkin kekuatan walau apa jua yang ummi lakukan. Hazira cukup senang melihat kebahagiaan ummi dan walidnya. Baginya Hazira, ummi dan walid punya kekuatan masing-masing yang digabung jalinkan dalam mendidik permata-permata hati mereka mengikut acuan mereka sendiri. Apa tidaknya...ummi Hazira seorang pakar pergigian juga pensyarah di fakulti pergigian di sebuah universiti tempatan. manakala walidnya merupakan ustaz dan juga seorang profilik pendakwah bebas yang begitu kuat melaungkan JIHAD. Alangkah indahnya kalau Hazira juga beruntung menjadi ummi yang punya suami yang sentiasa memahami dan penyayang seperti walid.......

"Hazira?" Intan menyedarkan Hazira dari lamunannya. Tidak sedar sudah jauh fikirannya menerawang. "owh, sorry ye Intan, Hazira teringatkan ummi tadi...Rindu pulak pada ummi bila Intan tanya Hazira soalan tadi tu...." ucap Hazira sambil menguntumkan senyuman. Senyumannya bersifat maya bagi Intan kerana Intan hanya dapat melihat mata Hazira yang sedang mengecil yang menandakan dirinya sedang tersenyum.

"Intan.....pada Hazira apa yang Hazira buat ni bukan suka2....tapi kerana cinta...:)"
"Cinta? maksud Hazira? Cinta kepada manusia?............."Intan bertambah pelik.
"Bukan cinta kepada manusia......tapi cinta kepada Allah dan RasulNya......selama mana kita mencintainya....selama itulah kita akan sentiasa mahu mengamalkan sunnahnya..."


"Maksud Hazira? Intan kurang jelas la.....mksud Hazira memakai purdah itu sunnah? tapi Rasulullah SAW xpakai purdah..." Intan semakin bingung.
"Hazira ada dalil yang menunjukkan pakai purdah?" Tanya Intan lagi ingin tahu.
Perasaan inkuiri dalam dirinya membuak-buak.


"Cuba Intan baca surah Al Ahzab ayat 70-71, kat situ jelas menerangkan apa yang Hazira maksudkan..." " Pada Hazira kita hidup adalah berdasarkan taqwa bukan semata-mata kerana fatwa....jikalau dahulu isteri-isteri Rasulullah SAW dan sahabiyyah-sahabiyyah juga mengenakan niqab...maka itu juga dikira sebagai sunnah...kerana mereka hidup bersama Rasulullah SAW dan mereka lakukan apa yang Rasulullah SAW suruh sahaja dan Rasulullah SAW sentiasa redha dengan apa yang mereka lakukan...."
"Tambahan lagi pada zaman mereka dikurniakan dengan title yang cukup mulia...meskipun mereka masih hidup"
"Title? maksudnya apa Hazira?"
"RadiaAllahu'anhu waradhu'anh (Allah redha ke atas mereka), title itu special untuk ahli syurga sahaja tapi awal-awal lagi mereka dah dapat title tu...best kan? Hihi.."jawab Hazira secara berhikmah.


"Owh...barula Intan faham....tapi Hazira...Intan tak nampk pun mana2 bahagian yang menunjukkan purdah dalam ayat ni...."
"Yeke...cuba Intan baca terjemahan ayt tu..." pinta Hazira.


"Hai orang-orang yang beriman bertakwalah kamu kepada Allah dan ucapkanlah perkataan yg benar. Niscaya Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan mengampuni dosa-dosamu. Barangsiapa mentaati Allah dan RasulNya maka sesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yang besar." [Al-Ahzab : 70-71] .

"xdepun Hazira...Intan dah baca berulang kali da..."
"Cuba Intan ulang ayat terakhir tu semula"

"Niscaya Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan mengampuni dosa-dosamu. Barangsiapa mentaati Allah dan RasulNya maka sesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yang besar." [Al-Ahzab : 71]

"Intan perasan x pada ayat terakhir tu....Barangsiapa mentaati Allah dan RasulNya maka sesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yang besar."
"Owh barula Intan faham...Masya'Allah Hazira....maksudnya tiada reason lain melainkan hanya kerana cinta kepada Islam, Allah dan Rasulnya...begitu?"
"Yup..tepat sekali....walau apa sekalipun yang berlaku cinta yang kekal itu perlu diutamakan dan sentiasa dipupuk...faham cik adik..?"

"Faham ustazah...!" semangat Intan menjawabnya
"Hehe...Hazira bukan ustazah la Intan...banyak lagi yang Hazira tak tawu..."
"Tapi.....Bukan ke sesiapa yang menyampaikan ilmu walaupun sedikit juga digelar guru?Ala....macamla Intan tak tahu yang Hazira selalu pergi ikut ummi Hazira ke majlis ilmu...
"Intan pun apa kurangnya...rajin bertalaqi dengan Syeikhah Ruqaiyah..."
Kedua-dua mereka tertawa kecil. Sungguh....Jika kalian mengetahui indahnya cinta yang hakiki. Kalian pasti tidak akan mahu melupakannya....

::. Ingatlah di sebalik kepayahan itu telah dijanjikan kemudahan .::

2 comments:

  1. salam alaikum....

    ReplyDelete
  2. saya juga kini telah berpurdah dan masih lagi belajar menyintai Allah..ianya tidak semudah yang di sangka...saya tetap berharap akan menjadi lebih baik..jika ingin di bandingkan dulu bergelumang dengan dosa...

    ReplyDelete