Oct 31, 2010

salamun'alaik,,

Dah lma rasanya ana xmengupdate blog,,esok,bermulalah langkah baru,ana bakal m'hadapi peperangan:)
disamping panjatkanlah doa wat diri ana,agar dipermudahkan dan dibukakan pintu hati ketika menjawab soalan exam nnti..:) inshaALLAH..
hmm,,ana juga ingin meminta maaf sekiranya ana ada menyakitkan hati2 sahabat2 sekalian..sesungguhnya manusia itu tidak sempurna..hmm,,dlm entry kali ini gak,ana lampirkan hasil dari titik peluh ana,mengedit2 gambar2 time shooting for Redaksi Annur di Taman Botani, Putrajaya..


pic ni,ana paling suka,,sbb napak shadow matahari oren2 kat tasik tuh,,MashaALLAH,canteknya ciptaan ALLAH SWT..


pic nih plak napak flowers2 around syafiq..cantek !






pic nih pon cantek..ana wat zoom motion,,the biggest radius,,sbb nk bagi napak both of them,,nice!



orang2 kuat ANNUR,pokok kt belakang 2 cam pokok plastik. :P



pic nih,ana paling suka:)
sbb napak scenery bangunan kat belakang tuh+pokok2+awan+air
tpi,ana kena byk belajar lagi,,ni baru permulaan..






Oct 23, 2010


Kecantikan batin akan terwujud jika seorang wanita mampu memiliki tiga kecantikan utama



Kecantikan Jiwa (jamâl al-Rûh)

Seorang wanita yang memiliki kecantikan jiwa akan selalu melakukan sesuatu dengan niat karena Allah Swt., cintanya kepada suami hanyalah sebagai jalan untuk menggapai cinta Ilâhi. Dia siap menerima kekurangan yang ada pada suaminya, tidak pernah menuntut hal yang lebih dan selalu menggembirakan suaminya sekalipun sedang mengalami kesusahan. Wanita seperti ini tidak pernah “haus” pada dunia, selalu tawakkal kepada Allah dan yakin bahwa Allah akan memberikan yang lebih baik dari yang di harapakannya di dunia ini serta berpegang pada janjiNya dalam surat Adh-dhuha :4 : ” Dan sesungguhnya Akhirat itu lebih baik bagimu dari permulaan”. Sifat inilah yang melekat pada Ummul mukminin, Hajar, Khadijah, Aisyah, Asma’ binti Abu Bakar dan wanita-wanita muslimah lainnya yang benar-benar mencari cinta Ilahi. Kecantikan jiwa akan menimbulkan pancaran cahaya alami di wajah yang mampu membuat suami bahagia tanpa perlu disolek dengan kosmetik mahal.


Kecantikan diri (jamâl al-Nafs)



Pada masa sahabat, ada seorang lelaki menceritakan kecantikan isterinya ketika sedang berkumpul dengan para sahabat. Dia menceritakan hal itu, karena bebarapa hari tidak pernah berkumpul dengan para sahabatnya, sehingga ketika bertemu mereka bertanya perihal dirinya. Dia menceritakan sifat isterinya: “ketika aku bersamanya terasa diri ini bagaikan tidak pernah mengalami kesusahan, perbuatannya selalu membuatku semakin jatuh cinta kepadanya, setiap hari aku lihat akhlaknya bertambah baik, tidak pernah menimbulkan kegelisahan, ketika pulang dari bekerja terasa hilang lelahku dikarenakan senyuman dan sambutannya yang begitu hangat, sekalipun kukatakan bahwa hari ini tidak pendapat hasil lebih baik dari kemarin, namun dia tetap tersenyum dan terus memberiku semangat. Keindahan yang diberikannya tanpa hiasan alal-alat kecantikan. Dia cantik dari dalam”. Kecantikan diri merupakan polesan kedua yang mampu membuat suami menjadi selalu betah dirumah dan tidak pernah merasa gelisah. Hal ini hanya membutuhkan sedikit pekerjaan tanpa harus keluar rumah, tidak menimbulkan fitnah dan mengeluarkan uang. Kecantikan hanya ditujukan untuk sang suami saja, tidak untuk yang lain.


Kecantikan Akal (jamâl al-’Aql).


Apa hubungan kecantikan akal dengan “kecantikan dari dalam”? Untuk menjawab ini kita harus mengingat apa tujuan menciptakan kecantikan itu sendiri, tidak lain dan tidak bukan untuk menjadi isteri yang shalehah. Target ini akan tercapai jika seorang itu rajin membaca dan mencari infomasi, yang kedua-duanya merupakan “hidangan” akal. Jika seorang wanita rajin membaca buku-buku tentang bagaimana membina rumah tangga yang baik, menjadi isteri yang tidak pernah membuat hati suami kecewa dan selalu memberikan solusi ketika ia ada masalah, maka sangat lengkaplah gelar yang akan disandangnya, yaitu “dia cantik dari dalam”. Karena, isteri yang shalehah tidak akan pernah menunjukkan kecantikannya kecuali untuk suaminya saja. Jika tenteram hati suami dengan kondisi dan sikapnya insya Allah redhoNya pun tidak akan pernah lepas dari dirinya. Seorang isteri yang kecantikannya hanya ditujukan untuk suami saja, maka surga pun tidak jauh dari dirinya hanya tinggal meningkatkan amal ibadah yang lain. Karena, kedudukan suami hampir sama dengan kedudukan kedua orang tua ketika akad nikah telah dinyatakan sah. Maka, buat para muslimah yang ingin membentuk dirinya menjadi isteri yang “indah dari dalam”, maka langkah yang harus ditempuh dari sekarang hanyalah banyak membaca dan mencari informasi serta menempah diri sekaligus bertekad akan menciptakan kecantikannya hanya untuk suaminya saja. JOM,majulah para muslimah, pintu untuk mampu menggapai cinta Ilahi tidak akan pernah tertutup jika terus berusaha!

sifat MALU...

Orang barat ada menTafsirkan malu adalah sebahagian dari gangguan psikologi atau gangguan jiwa. Tetapi di dalam Islam, malu itu ditafsirkan oleh Imam Nawawi di dalam Syarh Muslim iaitu satu sifat yang terpuji yang boleh memberi kesan kepada kita meninggalkan dosa-dosa. Ini membawa maksud malu yang dimaksudkan disini adalah malu melakukan dosa kerana Allah melihat setiap perbuatan kita.



Kelebihan sifat malu paling besar ialah DUA perkara :

1- Iman makin mantap. Ini sesuai dengan hadith dari dua kitab hadith yang paling sahih “Iman itu lebih 70 cabangnya, paling tinggi lafaz LAILAHAILLAH, paling rendah sekali ialah mengalihkan duri dari memudaratkan orang”. Ertinya malu sebahagian dari iman dan termasuk di dalam lebih 70 cabang iman tersebut.

2- Kebaikan seluruhnya. Orang yang malu pada ertikata yang sebenarnya mendapat kebaikan. Hadith sahih bermaksud “Sifat malu itu semuanya adalah kebaikan”. Ertinya kalau kita malu nak melakukan dosa, malu mendedahkan aurat, malu memakai benda2 yang diharamkan, kita beroleh kebaikan bukan sahaja di dunia malah di akhirat.

SALAH FAHAM MALU

Ada beberapa perkara yang patut dielakkan iaitu :

1-Malu menuntut Ilmu.

2-Malu membela kebenaran.

Ibnu Solah menyebut bahawa perkara tersebut bukan kategori malu tetapi masuk di dalam kategori ‘pengecut’ dan menghinakan dirinya sendiri. Islam sama sekali tidak pernah mengajar umatnya malu menuntut ilmu dan membela kebenaran.

Kalau kita lihat dan perhatikan di dalam kitab-kitab Feqah, banyak soalan yang pada anggapan kita ‘luar biasa’ diajukan kepada isteri dan Baginda. Kita ambil contohnya Abu Musa Ays’ari pernah bertanya kepada isteri Baginda, Aisyah dengan solat yang mewajibkan mandi. Lalu Aisyah menjawab “jika terkumpul 4 kaki (berjimak/bersetubuh), khitan bertemu khitan, maka wajiblah mandi”. Pada anggapan kita, soalan begini ‘sensor’ dan tidak boleh, tetapi di dalam agama ia termasuk soalan hukum hakam yang wajib kita ketahui.

Satu lagi contoh apabila muslimat Ansar bertanya kepada Baginda “Ya Rasulullah, Allah tidak pernah malu perkara yang benar, adakah perempuan yang bermimpi juga diwajibkan mandi? Baginda menjawab : (Ya) apabila ia terlihat air”. Perkara begini sangat pelik bagi wanita sekarang kerana tidak pernah tahu perempuan juga wajib mandi disebabkan ihtilam (mimpi basah) sama seperti lelaki.

“Betul ka ustaz, ada juga perempuan kena mandi wajib sebab bermimpi?”

“Hadith Baginda telah menceritakan 1400 tahun yang lalu…”

Diam.

Akhir kata, malunya kita menuntut ilmu hanya kerana benda-benda sebegini menyebabkan kita bertambah jahil dan bertambah tidak tahu hukum hakam di dalam kitab feqah.

Wallahua’lam

Oct 21, 2010

wahai gadis solehah...



~wa zakkir,fainna zikra tanfa'ul mukminin~

dari jauh kulihat wajahmu tunduk memandang bumi,

gerak langkahmu mengingatkan daku akan kematian,
dunia ini penuh dengan kepura-puraan,

kau harungi bersama sabar & taqwa,

kerana iman & amal memenuhi hatimu,
di sebalik hijabmu,

kesabaran & ketaqwaan dipertahankan,

kerana dirimu penuh dengan nur iman & islam,

untuk menegakkan hijab di akhir zaman ini,

AL QURAN sebagai hiburan, AS SUNNAH sebagai ikutan,
rumah tempat perteduhan dari dunia yg penuh kepura-puraan,

di sebalik wajahmu terpancar nur jernih yang sentiasa mengingati mati,

yang mencintai ALLAH & RASUL-NYA, yang takut azab ALLAH, yang taat perintah ibu & ayah,
gerak-gerimu ku perhatikan, akhlakmu kau pelihara, maruahmu kau jaga,

tuturmu melambangkan sifat keibuan sejati,

bila bertembung dengan muhrimmu,

kau tunduk memandang bumi,

kau ibarat permata berharga,


istiqamahmu...imanmu...akhlakmu...taqwamu...amalanmu...hijabmu...& perjuanganmu menegakkan kalimah ALLAH

Kekallah imanmu hingga ke akhir hayat!




ya ALLAH,kami ingin jadi sepertinya..gadis solehah di akhir zaman ini...





usahakan wahai diri...menjadi wanita solehah...ya ALLAH,beri kami kekuatan itu..

~insyaALLAH~

Oct 20, 2010

SEDIKIT INFO MENGENAI APRICOT...


Vitamin B17 boleh di dapati dari biji apricot...

Apricot dipercayai berasal dari China yang mana buah ini telah ditanam sejak 4000 tahun yang lalu. Buah ini turut ditanam di India dan Tibet.

Kaum Hunza yang tinggal di pergunungan Himalaya sebagai kaum yang berumur panjang, amat menghargai buah ini kerana kebaikan yang diberikan olehnya terhadap kesihatan mereka semenjak 1500 tahun dulu.

Apricot juga terkenal sebagai makanan kesihatan oleh pengamal perubatan Greek sementara orang Rom pula mendedikasikan buah ini kepada Venus, dewi cinta mereka. Apricot telah diperkenalkan di eropah semasa zaman Alexander The Great.

Apricot termasuk dalam kelas subasid. Asid ini boleh didapati ketika buah ini masih belum masak sepenuhnya. Keasidannya akan semakin berkurangan manakala kandungan gula nya akan semakin meningkat semasa buah ini dalam proses masak.Apricot merupakan buah yang berbiji dan mengandungi pelbagai khasiat. Buah, biji, minyak dan bunga dari buah aprikot telah digunakan di dalam bidang perubatan sejak berkurun lamanya.

Di China ubat yang digelar Apricot Gold diperbuat daripada biji pokok yang ditanam di kawasan tertentu. Ubat ini dikatakan dapat memanjangkan umur.Apricot bagus untuk amenia kerana ia mengandungi zat besi yang tinggi.Walaupun kandungan kuprum dalam buah adalah sedikit namun mineral itu dapat menjadikan besi tersebut dimanfaatkan oleh tubuh....masih banyak lagi khasiat dari buah aprikot...







Aprikot pulihkan badan selepas berhenti merokok

Aprikot sejenis buah yang berwarna kuning yang sama rupanya seperti buah plum atau pic. Ia kaya dengan beta-carotene, sejenis bahan anti pengoksida dalam vitamin A, dan berkalori rendah. 3 biji buah aprikot membekalkan beta-carotene lebih 50 % daripada keperluan harian dan hanya 50 kalori.

Kajian-kajian menunjukkan bahawa pemakanan yang kaya dengan beta-carotene seperti aprikot menghindarkan penyakit barah, terutamanya di bahagian tenggorok, paru-paru dan pankreas.Buah aprikot sesuai diamalkan oleh mereka yang sudah atau berhajat untuk berhenti merokok kerana ia berperanan menghilangkan kesan-kesan nikotin, sekaligus mempercepatkan proses pemulihan dan penyembuhan. Kandungan beta-carotene dalam buah aprikot juga membantu menghindarkan pengerasan dalam saluran darah yang menjadi punca penyakit jantung karonari.

Selain daripada itu, aprikot sesuai diamalkan oleh wanita yang baru putus haid kerana buah itu mengandungi boron, yang merangsangkan pengeluaran hormon seks estrogen. Aprikot juga membekalkan garam galian kalium untuk menjaga kesihatan jantung, zat besi untuk menghindarkan keletihan dan jangkitan dan juga silika, sejenis sebatian yang menjamin kesihatan kulit, rambut dan kuku.

Biji yang penuh dengan KEAJAIBAN pada abad ke 21

JUGA BERTINDAK
•Menyelamat/ membaikpulih fungsi hati
•Membersihkan saluran darah
• Merawat penyakit diabetes
• Menurunkan tekanan darah tinggi
• Memperbaiki fungsi buah pinggang
• Mengurangkan kesakitan sendi tulang
• Memudahkan penurunan berat badan
• Baik untuk pembersihan usus
• Mengawal masaalah serawan (ruang putih di dlm mulut)
• Pemangkin kepada kesihatan mental

Tip CancerAmalkan memakan makanan yang mengandungi B17 di bawah ini.

a. Broccoli, asparagus, beets,(tumbubuhan yang akarnya manis), Kobis,Lobak merah,Bunga kobis,celery, timun , lemon hijau dan kuning,

b. Kacang hijau, kacang merah, dan kacang buncis, lada hitam ( yang muda) Bayam, spinach, biji sawi, collards, asparagus, salad, kacang bendi, daun parsley, kobis, segala jenis lobak, sayaur yang ada getah putih dan berdaun besar,sengkuang cina, daun gandum muda, barley grass, Ubi sengkuang, tauge, bawang putih dan bawang merah.

Sel Cancer akan merebak dengan cepat jika tubuh berasid 6.6 ph hingga 5.5 ph

1.Faktor tubuh berasid

1· Pemakanan jika diambil berlebihan dalam jangka waktu yang lama

a· Jenis makanan tinggi protein terutamanya protein haiwan contohnya daging lembu dan ayam. Makanan laut seperti sotong, udang, ketam dan kerang.
b· Minuman bergas dan jus buah-buahan terutamanya yang telah diproses dan mengandungi bahan pengawet dan juga pewarna.
c· Makanan yang telah diperap seperti jeruk, ikan kering dan juga makanan ringan yang terlalu tinggi kandungan MSGnya.

2. Faktor emosi, mental dan spirit yang negatif. Kajian menunjukkan cara berfikir, sikap dan emosi yang negatif akan meningkatkan tahap keasidan dalam darah.

Vitamin B17 dari Biji Apricot Biji apricot mengandungi kandungan Vitamin B17 yang paling tinggi di dunia.

Dengan sering mengamalkannya dapat membantu anda mengawal beberapa jenis penyakit kronik yang merbahaya.

Apricot di percayai mempunyai khasiat seperti berikut

anti penuaan, ketahanan badan ,meningkat sistem imuniti , kardiovaskular dan masalah peredaran darah , kencing manis , sawan, keletihan kronik , Detoksifikasi hatipenyakit autoimmune/SLE , asma/alahan , radang paru-paru , Mengurangi bintik-bintik hitam dan jerawat , sel-sel mati serta menghilangkan kulit yang kasar.
Untuk kewanitaan ;
Menghilangkan keputihan, senggugut, melancarkan perjalanan darah haid, kesakitan di bahagian rahim, menghilangkan bau hamis. ( 8-15 biji setiap pagi dan petang sahaja .

Cara makan untuk penggunaa biasa : Di kunyah 65 kali kunyahan sehingga sebati dengan air liur. Sewaktu kunyah pastikan air liur keluar dengan banyak. Ini akan membantu menuteralkan bahan aktif yang ada dalam kandungan Biji apricot tersebut.

insyaALLAH,dengan izin ALLAH,,'sesungguhnya, setiap penyakit pasti ada penawarnya'

IBU.....



Detik masa terus berlalu tanpa menanti sesiapa dan semakin hari umur kita pun akan meningkat bersama pengedaran masa. Kita semua dilahirkan di dunia ini melalui seorang yang bernama ibu. Begitu besar peranan dan jasa insan yang bernama ibu ini. Oleh itu renungkanlah sejenak apakah yang telah kita lakukan untuk membalas segala budi ibu ini. Sekurang-kurangnya peluk dan ciumlah ibu masing-masing yang dapat berjumpa atau sekurang-kurangnya telefon ibu bagi mereka yang duduk berjauhan.


Ibuku

Ibu
Setiap deras degupan jantungku
Engkau mampu merasanya
Ketika aku:
Sedih
Gembira
Gelisah
Naluri ibumu
Bagaikan sebati dalam diriku

Ketika aku sedih
Kaulah ubat kepada duka laraku
Menceriakan dan menghakis
Perasaan yang melunturkan
Semangatku

Ketika aku gembira
Engkau juga turut berkongsi
Kegembiraan yang menyinari saat
Aku hidup di muka bumi ini
Sebagai manusia

Pabila gelisah menyelubungi jiwaku
Engkau masih bersamaku
Menolong menyelesaikan
Masalah yang tak sudah-sudah mengusutkan
Perjalanan hidupku

Ibu
Selagi hayat dikandung badan
Aku akan sentiasa mendampingimu
Membelai dan menjagamu hingga ke hari tua

Ibu
Aku tahu kasih sayang yang kucurahkan kepadamu
Tak setanding kasih sayang ibu kepada anaknya
Namun, terimalah keikhklasanku
Untuk menyayangi
Insan yang mulia ini


SYG IBU SGT3! MAAFKAN ANUM JIKA PERNAH MENYAKITI HATI IBU!

Oct 9, 2010


Wahai wanita solehah, Jangan dirisau akan jodohmu, Kerana muslimin yg bijaksana itu, Tidak akan terpaut pada wanita hanya kerana kecantikan, Senyuman, bicara manja yang menggoda, Atau pujuk rayu yang boleh meruntuhkan imannya, Sesungguhnya lelaki itu pemimpin wanita, Andai belum sampai juga rezekimu, Anggaplah bahawa lelaki yg dinantikan itu, Sedang membina sahsiah kepimpinannya bg memimpin dirimu, Kerna pd wanita itu pasti ada kekurangannya, Dan lelaki yg benar2 layak pasti hadir, Utk melengkapkan kekurangan pd dirimu.

Tidak banyak syarat yang dikenakan oleh Islam untuk seseorang wanita menerima gelaran solehah, dan seterusnya menerima pahala syurga yang penuh kenikmatan dari Allah s.w.t.

Mereka hanya perlu memenuhi 2 syarat iaitu :

1. Taat kepada Allah dan RasulNya
2. Taat kepada suami

Perincian dari dua syarat di atas adalah sebagai berikut :

1. Taat kepada Allah dan RasulNya

Bagaimana yang dikatakan taat kepada Allah s.w.t. ?
- Mencintai Allah s.w.t. dan Rasulullah s.a.w. melebihi dari segala-galanya.
- Wajib menutup aurat
- Tidak berhias dan berperangai seperti wanita jahiliah
- Tidak bermusafir atau bersama dengan lelaki dewasa kecuali ada mahram bersamanya
- Sering membantu lelaki dalam perkara kebenaran, kebajikan dan taqwa
- Berbuat baik kepada ibu & bapa
- Sentiasa bersedekah baik dalam keadaan susah ataupun senang
- Tidak berkhalwat dengan lelaki dewasa
- Bersikap baik terhadap tetangga

2. Taat kepada suami

- Memelihara kewajipan terhadap suami
- Sentiasa menyenangkan suami
- Menjaga kehormatan diri dan harta suaminya selama suami tiada di rumah
- Tidak bermasam muka di hadapan suami
- Tidak menolak ajakan suami untuk tidur
- Tidak keluar tanpa izin suami
- Tidak meninggikan suara melebihi suara suami
- Tidak membantah suaminya dalam kebenaran
- Tidak menerima tamu yang dibenci suaminya
- Sentiasa memelihara diri, kebersihan & kecantikannya serta rumah tangga

FAKTOR YANG MERENDAHKAN MARTABAT WANITA

Sebenarnya puncak rendahnya martabat wanita adalah dari faktor dalaman. Bukanlah faktor luaran atau yang berbentuk material sebagaimana yang digembar-gemburkan oleh para pejuang hak-hak palsu wanita.

Faktor-faktor tersebut ialah:

1) Lupa mengingat Allah

Kerana terlalu sibuk dengan tugas dan kegiatan luar atau memelihara anak-anak, maka tidak hairanlah jika banyak wanita yang tidak menyedari bahawa dirinya telah lalai dari mengingat Allah. Dan saat kelalaian ini pada hakikatnya merupakan saat yang paling berbahaya bagi diri mereka, di mana syaitan akan mengarahkan hawa nafsu agar memainkan peranannya.

Firman Allah s.w.t. di dalam surah al-Jathiah, ayat 23: ertinya:

” Maka sudahkah kamu melihat orang yang menjadikan hawa nafsunya sebagai Tuhannya dan Allah membiarkannya sesat berdasarkan ilmunya. Dan Allah telah mengunci mati pendengaran dan hatinya dan meletakkan tutupan atas penglihatannya.”

Sabda Rasulullah s.a.w.: ertinya:
“Tidak sempurna iman seseorang dari kamu, sehingga dia merasa cenderung kepada apa yang telah aku sampaikan.” (Riwayat Tarmizi)

Mengingati Allah s.w.t. bukan saja dengan berzikir, tetapi termasuklah menghadiri majlis-majlis ilmu.

2) Mudah tertipu dengan keindahan dunia.

Keindahan dunia dan kemewahannya memang banyak menjebak wanita ke perangkapnya. Bukan itu saja, malahan syaitan dengan mudah memperalatkannya untuk menarik kaum lelaki agar sama-sama bergelumang dengan dosa dan noda. Tidak sedikit yang sanggup durhaka kepada Allah s.w.t. hanya kerana kenikmatan dunia yang terlalu sedikit.

Firman Allah s.w.t. di dalam surah al-An’am: ertinya:

” Dan tidaklah penghidupan dunia ini melainkan permainan dan kelalaian dan sesungguhnya negeri akhirat itu lebih baik bagi orang-orang yang bertakwa, oleh kerana itu tidakkah kamu berfikir.”

3) Mudah terpedaya dengan syahwat.

4) Lemah iman.

5) Bersikap suka menunjuk-nunjuk.

Dunia adalah perhiasan, perhiasan dunia yang terbaik adalah Wanita yang solehah.


Oct 8, 2010

Cara pemakanan Rasululullah

Rupa2nya tanpa kita sedar, dalam makanan yg kita makan sehari2, kita tak boleh main balun aje sebab itulah terjadinya penyakit kencing manis, lumpuh, sakit jantung, keracunan makanan dan lain2 penyakit apabila kita telah tua nanti. Apabila kawan2 telah mengetahui ilmu ini, tolonglah ajarkan kepada yg lain2nya. Ini pun adalah diet Rasullulah SAW kita juga. Ustaz Abdullah Mahmood kata, Rasullulah tak pernah sakit perut sepanjang hayatnya kerana pandai jaga pemakanannya sehari2. apa kata kit a ikut diet ini kawan2. tak payahlah susah2 makan pil untuk kurus? Insyaallah kalau kawan2 ikut diet Rasullullah ini?. Garenti? kawan2 takkan sakit perut ataupun keracunan makanan.

Jangan makan SUSU + DAGING
Jangan makan DAGING + IKAN
Jangan makan IKAN + SUSU
Jangan makan AYAM + SUSU
Jangan makan IKAN + TELUR
Jangan makan IKAN + DAUN SALAD
Jangan makan SUSU + CUKA
Jangan makan BUAH + SUSU CTH :- KOKTEL

# JANGAN MAKAN BUAH SELEPAS MAKAN NASI ,
SEBALIKNYA MAKAN BUAH TERLEBIH DAHULU, BARU MAKAN NASI.
# TIDUR 1 JAM SELEPAS MAKAN TENGAHARI.
# JANGAN SESEKALI TINGGAL MAKAN MALAM.

SESIAPA YG TINGGAL MAKAN MALAM DIA AKAN DIMAKAN USIA DAN KOLESTEROL DALAM BADAN AKAN BERGANDA.

``````````````````````````
Nampak memanglah pelik.. tapi, kalau tak percaya... kawan2 cubalaa....... Ianya takdelah dalam jangka masa terdekat nie.... Ianya berkesan bila kita sudah tua nanti. Dalam kitab juga ada melarang kita makan makanan darat bercampur dengan makanan laut. Nabi pernah menegah kita makan ikan bersama susu. Di kuatiri akan cepat mendapat penyakit. Ini terbukti oleh saintis yang menjumpai dimana dalam badan ayam mengandungi ion+ manakala dalam ikan mengandungi ion-, jika dalam suapan ayam bercampur dengan ikan maka terjadi tidakkan balas biokimia yang terhasil yang boleh merosakkan usus kita.

p/s : Sampaikan walau sepatah... Al-Quran Juga ada mengajar kita menjaga kesihatan spt membuat amalan spt:-

Mandi Pagi sebelum subuh @ sekurang kurangnya sejam sebelum matahari naik. Air sejuk yang meresap kedalam badan boleh mengurangkan lemak mengumpul. Kita boleh saksikan orang mengamal mandi pagi kebanyakan badan tak gemuk.

Rasulullah mengamalkan minum segelas air sejuk (bukan air ais) setiap pagi. Mujarabnya Insayallah jauh dari penyakit (susah nak kena sakit).

Waktu sembahyang subuh disunatkan kita bertafakur (iaitu sujud sekurang kurangnya seminit selepas membaca doa). Ia boleh mengelak dari sakit pening atau migrin.


Ini terbukti oleh para saintis yang membuat kajian kenapa dalam sehari perlu kita sujud. Ahli-ahli sains telah menemui beberapa milimeter ruang udara dalam saluran darah di kepala yg tidak dipenuhi darah.

Dengan bersujud maka darah akan mengalir keruang berkenaan.

Nabi juga mengajar kita makan dengan tangan dan bila habis hendaklah menjilat jari.

Begitu juga ahli saintis telah menjumpa bahawa enzyme banyak terkandung di celah jari jari, iaitu 10 kali ganda terdapat dalam air liur.


(enzyme sejenis alat percerna makanan, tanpanya makanan tidak hadam)

Cara Rasulullah Makan

1. Cara makan, kenapa kita gunakan tangan?
Mengikut cara Rasulullah s.a.w, sebelum baginda makan, baginda saw akan mengambil sedikit garam menggunakan jari kecilnya, lalu Rasullah saw akan menghisap garam itu. Kemudian barulah Rasulullah makan makanan tersebut. Mengapa?

Kerana kedua belah tangan kita ada mengeluarkan 3 macam enzim, tetapi konsentrasi di tangan kanan kurang sedikit dari yg kiri. Ini adalah kerana enzim yg ada di tangan kanan itu merupakan enzim yang dapat menolong proses penghadaman (digestion), ia merupakan the first process of digestion. Mengapa menghisap garam?

Kerana garam adalah sumber mineral dari tanah yg diperlukan oleh badan kita.

Dua cecah garam dari jari kita itu adalah sama dgn satu liter air mineral. Kita berasal dari tanah maka lumrahnya bahan yang asal dari bumi (tanah) inilah yg paling berkhasiat untuk kita. Kenapa garam? Selain dari sebab ia adalah sumber mineral, garam juga adalah penawar yang paling mujarab bagi keracunan, mengikut Dr, dihospital-hospital, the first line of treatment for poisoning adalah dengan memberi Sodium Chloride, iaitu GARAM. Garam juga dapat menghalang sihir dan makhluk-makhluk halus yang ingin menggangu manusia. 2. Cara Rasulullah mengunyah

Rasulullah akan mengunyah sebanyak 40 kali untuk membiarkan makanan itu betul-betul lumat agar perut kita senang memproseskan makanan itu.

3. Membaca Basmalah (Bismillahirrahma Nirrahim). Membaca Basmalah sebelum makan untuk mengelakkan penyakit. Kerana bakteria dan racun ada membuat perjanjian dengan Allah swt, apabila Basmalah dibaca maka bakteria dan racun akan musnah dari sumber makanan itu. Cara Rasulullah minum.

Janganlah kita minum berdiri walaupun ia makruh tetapi ia makruh yang menghampiri kepada haram.



Jangan kita minum dari bekas yg besar dan jangan bernafas sedang kita minum. Kerana apabila kita minum dari bekas yg besar, lumrahnya kita akan meneguk air dan dalam proses minum itu, kita tentu akan bernafas dan menghembuskan nafas dari hidung kita. Kerana apabila kita hembus, kita akan mengeluarkan CO2 iaitu carbon dioxide, yang apabila bercampur dgn air H20, akan menjadi H2CO3, iaitu sama dengan cuka, menyebabkan minuman itu menjadi acidic.

Jangan meniup air yg panas, sebabnya sama diatas. Cara minum, seteguk bernafas, seteguk bernafas sehingga habis.

Sama2lah kita mengamalkan

Maher Zain..

Salamunalayk..

kali ini ana nk berkongsi serba sedikit mengenai Maher Zain,,sememangnya nama ini tdak asing lagi kan bagi kita,,especially for those yang suka lagu nasyeed + english,,
mula-mula sebelum ana kenal penyanyi ini,,ana sangkakan abg kpd anuar zain ke ziana zain ke,,hehe,,rupa-rupanya beliau penyanyi drpd negara barat,,tpi berasal dari keturunan arab,,ana berbangga krn lagu beliau mendapat smbutan ramai tidak kira dari mna2 negara.. seriously, lagu2 beliau sume2nya best kan..tenang je plus dgn his voice yg merdu tuh..1st tyme ana dengar lagu 'open your eyes', air mata mnyalir dgn sndiri dsebabkan indahnya penciptaan ALLAH yg MAHA AGUNG dan BIJAKSANA ini,, lirik2 lagu ini pon byk memberi tauladan dan kesedaran kpd kita,,hayatilah lagu ini..






Open Your Eyes
Look around yourselves
Can't you see this wonder
Spreaded infront of you
The clouds floating by
The skies are clear and blue
Planets in the orbits
The moon and the sun
Such perfect harmony

Let's start question in ourselves
Isn't this proof enough for us
Or are we so blind
To push it all aside..
No..

We just have to
Open our eyes, our hearts, and minds
If we just look bright to see the signs
We can't keep hiding from the truth
Let it take us by surprise
Take us in the best way
(Allah..)
Guide us every single day..
(Allah..)
Keep us close to You
Until the end of time..

Look inside yourselves
Such a perfect order
Hiding in yourselves
Running in your veins
What about anger love and pain
And all the things you're feeling
Can you touch them with your hand?
So are they really there?

Lets start question in ourselves
Isn't this proof enough for us?
Or are we so blind
To push it all aside..?
No..

We just have to
Open our eyes, our hearts, and minds
If we just look bright to see the signs
We can't keep hiding from the truth
Let it take us by surprise
Take us in the best way
(Allah..)
Guide us every single day..
(Allah..)
Keep us close to You
Until the end of time..

When a baby's born
So helpless and weak
And you're watching him growing..
So why deny
Whats in front of your eyes
The biggest miracle of life..

We just have to
Open our eyes, our hearts, and minds
If we just look quiet we'll see the signs
We can't keep hiding from the truth
Let it take us by surprise
Take us in the best way
(Allah..)
Guide us every single day..
(Allah..)
Keep us close to You
Until the end of time..

Open your eyes and hearts and minds
If you just look bright to see the signs
We can't keep hiding from the truth
Let it take us by surprise
Take us in the best way
(Allah..)
Guide us every single day..
(Allah..)
Keep us close to You
Until the end of time..

Allah..
You created everything
We belong to You
Ya Robb we raise our hands
Forever we thank You..
الحمد الله
Alhamdulillah..

Adab Memakai Pakaian Menurut Islam


Sewajarnya seseorang itu memakai pakaian yang sesuai kerana pakaian sopan dan menutup aurat adalah cermin seseorang itu Muslim sebenar. ISLAM tidak menetapkan bentuk atau warna pakaian untuk dipakai, baik ketika beribadah atau di luar ibadat. Islam hanya menetapkan bahawa pakaian itu mestilah bersih, menutup aurat, sopan dan sesuai dengan akhlak seorang Muslim. ISLAM tidak menetapkan fesyen pakaian tetapi perlu mematuhi garis panduan dalam menutup aurat. Di dalam Islam ada garis panduan tersendiri mengenai adab berpakaian untuk lelaki dan wanita iaitu:

1. Menutup aurat AURAT lelaki menurut ahli hukum ialah daripada pusat hingga ke lutut. Aurat wanita pula ialah seluruh anggota badannya, kecuali wajah, tapak tangan dan tapak kakinya. Rasulullah SAW bersabda bermaksud: "Paha itu adalah aurat." (Bukhari)

2. Tidak menampakkan tubuh PAKAIAN yang jarang sehingga menampakkan aurat tidak memenuhi syarat menutup aurat. Pakaian jarang bukan saja menampak warna kulit, malah boleh merangsang nafsu orang yang melihatnya. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Dua golongan ahli neraka yang belum pernah aku lihat ialah, satu golongan memegang cemeti seperti ekor lembu yang digunakan bagi memukul manusia dan satu golongan lagi wanita yang memakai pakaian tetapi telanjang dan meliuk-liukkan badan juga kepalanya seperti bonggol unta yang tunduk. Mereka tidak masuk syurga dan tidak dapat mencium baunya walaupun bau syurga itu dapat dicium daripada jarak yang jauh." (Muslim)

3. Pakaian tidak ketat
TUJUANNYA adalah supaya tidak menonjolkan atau melihatkan bentuk tubuh badan.

4. Tidak menimbulkan riak RASULULLAH SAW bersabda bermaksud:
"Sesiapa yang melabuhkan pakaiannya kerana perasaan sombong, Allah SWT tidak akan memandangnya pada hari kiamat." Dalam hadis lain, Rasulullah SAW bersabda bermaksud: "Sesiapa yang memakai pakaian yang berlebih-lebihan, maka Allah akan memberikan pakaian kehinaan pada hari akhirat nanti." (Ahmad, Abu Daud, an-Nasa’iy dan Ibnu Majah)

5. Lelaki dan Wanita berbeza. MAKSUDNYA pakaian yang khusus untuk lelaki tidak boleh dipakai oleh wanita, begitu juga sebaliknya. Rasulullah SAW mengingatkan hal ini dengan tegas menerusi sabdanya yang bermaksud: "Allah mengutuk wanita yang meniru pakaian dan sikap lelaki, dan lelaki yang meniru pakaian dan sikap perempuan." (Bukhari dan Muslim) Baginda juga bersabda bermaksud: "Allah melaknat lelaki berpakaian wanita dan wanita berpakaian lelaki." (Abu Daud dan Al-Hakim).

6. Larangan pakai sutera
ISLAM mengharamkan kaum lelaki memakai sutera. Rasulullah SAW bersabda bermaksud: "Janganlah kamu memakai sutera, sesungguhnya orang yang memakainya di dunia tidak dapat memakainya di akhirat." (Muttafaq ‘alaih)

7. Melabuhkan pakaian
CONTOHNYA seperti tudung yang seharusnya dipakai sesuai kehendak syarak iaitu bagi menutupi kepala dan rambut, tengkuk atau leher dan juga dada. Allah berfirman bermaksud: "Wahai Nabi, katakanlah (suruhlah) isteri-isteri dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan beriman, supaya mereka melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun dan Maha Penyayang." – (al-Ahzab:59)

8. Memilih warna sesuai
CONTOHNYA warna-warna lembut termasuk putih kerana ia nampak bersih dan warna ini sangat disenangi dan sering menjadi pilihan Rasulullah SAW. Baginda bersabda bermaksud: "Pakailah pakaian putih kerana ia lebih baik, dan kafankan mayat kamu dengannya (kain putih)." (an-Nasa’ie dan al-Hakim)

9. Larangan memakai EMAS. TERMASUK dalam etika berpakaian di dalam Islam ialah barang-barang perhiasan emas seperti rantai, cincin dan sebagainya. Bentuk perhiasan seperti ini umumnya dikaitkan dengan wanita namun pada hari ini ramai antara para lelaki cenderung untuk berhias seperti wanita sehingga ada yang sanggup bersubang dan berantai. Semua ini amat bertentangan dengan hukum Islam. Rasulullah s.a.w. bersabda bermaksud: "Haram kaum lelaki memakai sutera dan emas, dan dihalalkan (memakainya) kepada wanita."

10. Mulakan memakai dari sebelah kanan.
APABILA memakai baju, seluar atau seumpamanya, mulakan sebelah kanan. Imam Muslim meriwayatkan daripada Saidatina Aisyah bermaksud: "Rasulullah suka sebelah kanan dalam segala keadaan, seperti memakai kasut, berjalan kaki dan bersuci." Apabila memakai kasut atau seumpamanya, mulakan dengan sebelah kanan dan apabila menanggalkannya, mulakan dengan sebelah kiri. Rasulullah SAW bersabda bermaksud: "Apabila seseorang memakai kasut, mulakan dengan sebelah kanan, dan apabila menanggalkannya, mulakan dengan sebelah kiri supaya yang kanan menjadi yang pertama memakai kasut dan yang terakhir menanggalkannya." (Riwayat Muslim).

11. Selepas membeli pakaian baru APABILA memakai pakaian baru dibeli, ucapkanlah seperti yang diriwayatkan oleh Abu Daud dan At-Tarmizi yang bermaksud: "Ya Allah, segala puji bagi-Mu, Engkau yang memakainya kepadaku, aku memohon kebaikannya dan kebaikan apa-apa yang dibuat baginya, aku mohon perlindungan kepada-Mu daripada kejahatannya dan kejahatan apa-apa yang diperbuat untuknya. Demikian itu telah datang daripada Rasulullah".

12. Berdoa KETIKA menanggalkan pakaian, lafaz- kanlah:
"Pujian kepada Allah yang mengurniakan pakaian ini untuk menutupi auratku dan dapat mengindahkan diri dalam kehidupanku, dengan nama Allah yang tiada Tuhan melainkan Dia." Sebagai seorang Islam, sewajarnya seseorang itu memakai pakaian yang sesuai menurut tuntutan agamanya kerana sesungguhnya pakaian yang sopan dan menutup aurat adalah cermin seorang Muslim yang sebenar.

~amar makruf nahi mungkar~

Oct 7, 2010

On the way to being a good slave for HIM..


Salamun'alaik..

Dah lama rasanya ana x mengupdate blog nih,,rendu rasanya..
kadang-kala xsume kita perlu cerita lam blog nih,,sekadar hanya berkongsi pendapat dan menambahkan ilmu..ishaaALLAH, ana akan memaparkan yang terbaik dalam blog nih..ana tidak menjanjikannya..tapi ana akan mencuba utk yang terbaik..

Everytime you feel like you cannot go on
You feel so lost
That your so alone
All you is see is night
And darkness all around
You feel so helpless
You can’t see which way to go
Don’t despair and never loose hope
Cause Allah is always by your side

Insha Allah
Insya Allah you’ll find your way

Everytime you commit one more mistake
You feel you can’t repent
And that its way too late
Your’re so confused, wrong decisions you have made
Haunt your mind and your heart is full of shame


Don’t despair and never loose hope
Cause Allah is always by your side

Insha Allah
Insya Allah you’ll find your way
Insha Allah
Insya Allah you’ll find your way

Turn to Allah
He’s never far away
Put your trust in Him
Raise your hands and pray
OOO Ya Allah
Guide my steps don’t let me go astray
You’re the only one that showed me the way,
Showed me the way
Insha Allah
Insya Allah we’ll find the way