kenapa untungnya wanita mempunyai rahim??
Dalam tubuh wanita, ada satu bahagian yang diberi nama yang
begitu mulia yaitu rahim . Perkataan ini diambil dari nama Allah, yang
bermaksud Maha Penyayang . Sudah tentulah Allah tidak akan memberikan nama yang
semulia ini kepada sesuatu yang hina di sisi-Nya. Sudah tentu Allah akan
memilih sesuatu yang mulia juga untuk dianugerahkan nama yang begitu mulia.
Allah tidak berikan nama yang semulia ini kepada bahagian tubuh lelaki tetapi
Dia memberikannya kepada bahagian tubuh wanita. Rahim inilah yang merupakan
penghubung kepada makhluk. Di dalam rahimlah, wanita menjaga ciptaan Allah dan
memberi makan kepada apa yang Allah ciptakan. Kaum wanita sepatutnya merasa
sangat malu kepada Allah kerana memberi penghargaan yang begitu tinggi kepada
mereka. Siapa boleh nafikan kepentingan rahim untuk kewujudan manusia? Anugerah
rahim kepada wanita sebenarnya sudah cukup untuk membuktikan akan mulianya
wanita di sisi Allah..
- Dia bekerja dengan Allah..jadi ‘kilang’manusia.Tiap-tiap bulan dia diberi cuti bergaji penuh..7 sehingga 15 hari sebulan dia tak wajib sembahyang tetapi Allah anggap diwaktu itu sembahyang terbaik darinya.
- Cuti bersalin juga sehingga 60 hari. Cuti ini bukan cuti suka hati tapi, cuti yang Allah beri sebab dia bekerja dengan Allah..Orang lelaki tak ada cuti dari sembahyang…sembahyang wajib baginya dari baligh sehingga habis nyawanya…
- Satu lagi berita gembira untuk wanita,sepanjang dia mengandung Allah sentiasa mengampunkan dosanya..lahir saja bayi,seluruh dosanya habis.. Inilah nikmat Tuhan beri kepada wanita, jadi kenapa perlu takut nak beranak? Marilah kita pegang kepada tali Allah. Seandainya wanita tu mati sewaktu bersalin, itu dianggapmati syahid.. Allah izinkan terus masuk Syurga.
- Untuk peringatan semua wanita yang bersuami: Seluruh kebaikan suaminya,semuanya isteri dapat pahala tetapi dosa-dosa suami dia tak tanggung..
- Diakhirat nanti seorang wanita solehah akan terperanjat dengan Pahala extra yang banyak dia terima diatas segala kebaikan suaminya yang takdir sedari.. Bila dia lihat suaminya tengah terhegeh-hegeh di titian Sirat,dia tak nak masuk syuga tanpa suaminya, jadi dia pun memberi pahalanya kepada suami untuk lepas masuk syurga.Didunia lagi, kalau suami dalam kesusahan isteri boleh bantu tambah lagi di akhirat. Kalau seorang isteri asyik merungut, mulut selalu muncung terhadap suami dia tak akan dapat pahala extra ini..
- Manakala suami pula mempunyai tugas-tugas berat didalam dan diluar rumah, segala dosa-dosa anak isteri yang tak dididik dia akan tanggung ditambah lagi dengan dosa-dosa yang lain. Dinasihatkan kepada semua wanita supaya faham akan syariat Allah agar tidak derhaka denganNya. Dan semua lelaki fahami hati naluri seorang wanita & isteri agar tidak derhaka denganNYA
Maha Penyayangnya Allah kepada wanita. Maha Baiknya Allah
kepada golongan yang sering dianggap lemah dan terpinggir ini! Kalaulah
wanita-wanita pejuang hak asasi itu tahu begini sekali ganjaran-ganjaran yang
Tuhan berikan kepada seorang wanita mukminah, pastilah mereka akan meninggalkan
perjuangan mereka. Tidak ada apa-apa lagi hak yang perlu diperjuangkan oleh
seorang wanita mukminah. Yang Allah tawarkan itu pun sudah terlampau banyaknya.. TERIMA KASIH YA ALLAH..:')
























